Friday, September 30, 2016

Novel "Terbaik Bagimu" - Bab 3 (UPDATED)


So macam mana dengan chapter yang lepas? Korang terhibur tak membacanya? Susah betul si Alisa nak terima Mirwan sebagai jodohnya. Harap-harap hati Alisa tu lembutlah lepas ni kan? Kesian tengok si Mirwan yang beria-ria nak memenangi hati Alisa tu. So kita sambung dengan chapter 3 ya? Selamat terhibur!


Alisa melangkah longlai menuju ke pejabatnya. Alahai, kalaulah hari ini cuti, tentu syok. Mengenakan kemeja biru laut yang dipadankan bersama skirt biru gelap labuh, Alisa sering menampakkan sisi feminin yang matang dan lasak. Kasut tumit tingginya digantikan dengan but tumit tinggi. Menurutnya lebih ranggi untuk zaman kini. Lantaklah apa orang nak cakap tapi dia cukup selesa dengan pemakaiannya sekarang. Bekerja sebagai penyunting skrip apalah sangat. Bukan orang penting pun. Tapi kalau sehari Alisa tak datang pejabaat, mahu haru biru dibuatnya. So, penting atau tidak janji pihak pengurusan menghargai kerjanya.
Sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi, dia menyapa rakan sebelah yang sejak tadi asyik dengan telefon pintarnya, “Eh, Ros kau tak cuti ker hari ini?”
Wanita berambut hitam paras bahu, ikal mayang itu menjeling ke arahnya, “Mana boleh! Mati la aku kalau kerja ni tak siap!”
Alisa menggedik, “Nanti aku cover la untuk kau. Kau selalu ada kat sini. Bagi la sekali sekala aku pulak yang OT.”
Ros mengalihkan perhatian pada skrin komputer sambil menaip, “Macam-macam lah kau! Rajin sangat ker atau ada udang sebalik mee nih?” Ros berpura-pura menumpukan perhatian pada kerjanya.
Alisa mencebik sambil membuka komputer ribanya. Lambatnya masa berlalu. Sebulan lagi dah nak masuk Ramadan dan sehingga kini, Elyas masih tidak menyatakan keputusannya untuk melamar. Kononnya nak kahwin lepas raya tapi kalau macam ni gayanya, tahun depan pun belum tentu lagi. Alisa mengeluh panjang sambil meneruskan kerjanya. Mengapa susah benar Elyas hendak memulakan langkah? Mereka bukannya muda lagi malah teman-teman rapat Alisa semuanya sudah pun mendirikan rumahtangga bersama pilihan masing-masing. Perasaan kesal berbuku di hati Alisa memikirkan masa depan mereka berdua.
Tiba-tiba telefon pejabatnya berdering. “Hello Alisa bercakap, boleh saya bantu?” secara automatik pertuturannya keluar seperti telah diaturcara sejak awal lagi.
"Hey, Alisa! Boleh kita jumpa waktu lunch nanti?" suara yang begitu familiar di telinga menyapa. Gemuruh nafas dibuatnya.
"Elyas! Ingatkan dah tak tahu nak telefon. Tahu tak dekat sebulan you tak call i?" Marahnya bukan kepalang. Mahu dicekiknya si Elyas kalau lelaki itu duduk di sebelahnya.
Sambung Elyas lagi melalui perbualan telefon tersebut, “I ingat nak melamar you dan kalau boleh kita kahwin seminggu sebelum Ramadan.”


Macam tak percaya. Benarkah apa yang didengarnya dari telinganya sendiri. Seperti dijampi, Alisa mengukir senyuman melirik sambil memutar helaian rambutnya. Mimpi dah mula jadi kenyataan! Sudah sekian lama Alisa menantikan perbualan begini dan nampaknya Elyas benar-benar ikhlas mahu memperisterikan dirinya. Elyas nampaknya benar-benar ikhlas dan beria-ia mahu membawa perhubungan mereka ke arah yang lebih serius. Gembira benar Alisa mendengarkan lamaran istimewa daripada kekasih yang amat dicintainya itu.
"U dengar tak apa yang i cakap ni?" balas Elyas apabila Alisa seperti tak membalas soalannya tadi.
Alisa tersentak lalu membalas, “Okey, baiklah saya menanti awak. Janji awak jangan mungkir lagi. Saya dah banyak bagi peluang dekat awak tahu?”
Elyas membuat nada merayu, “Yelah, kali ini kita betul-betul akan kahwin!”
Alisa menggaru kepalanya, “Macam susah saja saya nak percaya.”
Elyas memujuk lagi, “Percayalah I kali ini, I janji kita akan berkahwin seperti yang you idamkan itu.”
“Are you sure you memang nak kita jumpa hari ini?”
Elyas membalas dengan nada manja, “Tentulah sayang sebab I pun rindu dekat you ni.”
Alisa berbasa basi dengan Elyas kerana lelaki itu bukannya jenis yang mengotakan janji. Sikap sambal lewanya benar-benar merimaskan Alisa. Berapa kali sahaja mereka berjumpa untuk berbincang mengenai perkahwinan mereka namun yang lainnya semua tipu helah semata-mata. Alisa ingin bertindak serius kali ini. Kalau dia benar-benar tidak serius dalam perhubungan ini, dia akan menamatkan perhubungan mereka engan serta merta.


Seperti yang dijanjikan, Alisa menanti dengan penuh sabar di hentian bas berdekatan bangunan Rona Impian. Dia mengharapkan pertemuan kali ini dapat membahaskan dengan panjang lebar mengenai hala tuju hubungan mereka ini. Tunggu punya tunggu dah hampir 2 jam melepasi, sampaikan Alisa sudah mula naik berang. Akhirnya terpaksa dia mundar mandir di depan hentian bas itu memerhatikan seorang demi seorang wanita yang sama menanti di situ dijemput oleh buah hari mereka. Dengan rasa kecewa, Alisa cuba mendail semula nombor telefon Elyas namun tiada deringan.
"Frustnyer! Mana mamat nih?" Alisa tidak henti-henti merungut. Dah hampir pukul 5:30 petang ni.
Tiba-tiba sebuah Ferrari merah yang agak familiar berhenti di hadapannya lalu seperti yang dijangkakan Tuan Mirwan keluar dengan berkaca mata gelap Ray Ban sambil menjeling ke arahnya. Sambil tersenyum nakal, Mirwan berjalan ke arah Alisa lalu duduk bersebelahan dengannya. Mengenakan suit serba perang dan berkemeja warna krim, kulit putihnya kelihatan amat terserlah pada petang itu.
Alisa bingkas bangun lalu berpaling ke arahnya, “Apa awak buat dekat sini?”
Mirwan memandang Alisa dengan sinis, “Apakah hentian bas ini milik awak?”
"Tidak," balas Alisa, sambil tergagap-gagap. Ish, time ni lah nak tergagap pulak! Mirwan kembali membuka surat khabar yang sedang dibacanya tadi.
"Rileks lah, saya hanya sedang menanti seorang rakan," jawab Mirwan dengan tenang.
Ketandusan idea, Alisa kembali duduk di sebelah Mirwan sambil berpeluk tubuh, masam mencuka. Mirwan hanya ketawa kecil memerhatikan gelagat wanita jelita di sebelahnya. Mirwan menghulurkan Mentos miliknya pada Alisa. Melihat Alisa menarik muka semacam seperti sudah memberikan signal pada Mirwan. Dia kembali menyibukkan diri dengan surat khabarnya. Nampaknya mood Alisa memang benar-benar tidak sesuai untuk dibawa berborak ketika ini. Sesekali dia menjeling ke arah Alisa sambil mencuri pandang susuk tubuh kecil molek wanita tersebut. Astaghfirullahalazim, masa ini pula hatinya menjadi tidak keruan. Maklumlah tidak ramai orang yang bersama-sama menanti bas atau teksi di hentian tersebut.
"Dah lah tak perlu buat muka macam tu. Hilang seri wajah tu nanti!" perli Mirwan sambil wajahnya dihadapkan pada surat khabar.
"Boleh jangan sibuk tak dengan hal orang!" Alisa selamba mengherdik. Jenis lelaki yang annoying. Selamba tapi suka buli orang.
Dalam hati, Mirwan tertanya-tanya bagaimana mahu melembutkan hati wanita degil ini. Dia teringin untuk berbicara dengan suasana yang lebih tenang namun dalam keadaan sekarang kelihatan sukar sekali. Mungkinkah ini hukuman yang diterimanya akibat kejahilan dan kezaliman yang dilakukannya pada masa silamnya? Orang panas baran macam ini kalau dilayan bertambah panas lagi dibuatnya. Macam-macam sumpah seranah yang diterima pula nanti. Lagipun dia bukannya hairan sangat mahu mengenali perempuan ini. Mulut kata lain tetapi hati memang mahu. Mirwan nampaknya tela terjerat dengan perangkapnya sendiri.
Mirwan menurunkan sedikit kacamatanya sambil memandang Alisa yang seperti cacing kepanasan, “Sedang menanti seseorang?”
Alisa menjelirkan lidahnya tanda mengejek, “Bukan urusan awak pun!”
Mirwan tersenyum meneliti telatah wanita impiannya itu. Sangat comel bagai keanak-anakan. Dia pun tak tahu mengapa Alisa begitu meluat melihatnya. Ternyata kekacakan miliknya itu belum mampu menggugurkan iman gadis tersebut. Setiap gerak geri Alisa membuatkan dirinya serba tidak kena. Memang berbahaya panahan asmara yang mengenai hatinya kini. Lebih lama dia perhatikan gelagat Alisa, makin membara dan bergelora perasaannya. Hari ini Alisa kelihatan begitu jelita pula. Dia kan sedang menanti kekasih hati mestilah mahu berdandan bagai. Mirwan menggeleng kepala memikirkan gelagat wanita sekarang.
Mirwan meletakkan semula suratkhabar yang sedang dibacanya tadi ke atas tempat duduk hentian bas itu lalu menghampiri Alisa. Dia mengoles bahu wanita itu sambil berkata, “Mahu saya tumpangkan awak pulang?”
Alisa menjeling sinis ke arahnya, “Kalau saya tak nak? Awak nak buat apa?”
"Dengar sini. Saya tak fikir kekasih awak tu akan datang jadi lebih baik awak matikan sahaja niat kamu tu. Biar saya hantar awak pulang," tegas Mirwan sambil memegang tangan Alisa lalu mengarahnya masuk ke dalam kereta Ferrari merahnya itu. Wajah manis Alisa semakin masam mencuka dan dia memalingkan mukanya dari Mirwan. Timbul perasaan meluat yang teramat sangat di hatinya.


Setiba sahaja mereka di hadapan rumah Alisa, Mirwan turun dari kereta miliknya lalu berjalan menuju ke arah Alisa lalu membantunya keluar dari kereta. Perasaan marah yang meluap-luap itu masih segar dan belum lagi padam menyebabkan wajahnya kemerahan sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya itu. Mirwan menemaninya ke muka pintu sambil tersengih. Alisa mencebikkan bibir sambil menjeling marah ke arahnya.
“Saya dah cakap kan? Macam mana bakal suami awak ni, asyik mungkir janji saja,” Mirwan mengata bakal suami Alisa dengan sinisnya.
Alisa menolak dada bidang Mirwan, “Eh, itu bukan masalah kau! Jangan ikut campur!”
Mirwan menjeling manja, “Bukankah saya cakap tentang kebenaran. Pahit bukan?”
Alisa bergegas masuk ke dalam rumah sambil menangis lalu meninggalkan Mirwan keseorangan di luar pintu. Kebenaran yang diungkapkan oleh Mirwan itu benar sangat menyakitkan hatinya. Dia tidak dapat menerima apa yang telah Elyas lakukan terhadapnya. Dia telah cuba untuk memahami dan melakukan segalanya yang termampu untuk menyelamatkan hubungan cinta mereka ini namun sehingga kini masih belum menampakkan hasil yang memberansangkan.
Mirwan hanya mampu tersenyum dengan tindakan wanita yang ammat dicintainya itu. Kalau diikutkan darah mudanya, mahu sahaja dikerjakan perempuan sombong itu walaubagaimana lawa pun si Alisa itu. Siapa yang tidak marah dengan perbuatan Alisa itu, hanya dia sahaja yang mampu bertahan dengan tindakannya. Sukarnya menempuh dugaan bercinta ini, mahu sahaja diculiknya perempuan panas baran ini lalu disimpan sahaja di dalam biliknya. Tahulah apa yang ingin dilakukannya nanti. Mirwan menggeleng kepala setelah dia pasti bahawa Alisa tidak akan kembali turun ke bawah untuk bertemu ataupun meminta maaf kepadanya. Dasar perempuan kaya!
Seketika kemudian Mirwan terkejut melihat Alisa kembali menuruni tangga rumahnya lalu bergegas menuju ke arahnya.
“Sorry, tapi boleh tak pulangkan tas tangan saya tu?” Alisa menunukkan beg yang ada di sebelah Mirwan.
Mirwan tertawa sambal memegang beg tersebut, “Maksud awak beg comel ni?”
Alisa mulai naik berang dengan permainan Mirwan, “Ya, boleh beri saya sekarang tak?”
“Awak cubalah ambil dari saya?”
Alisa membulatkan mata, “Awak saya tiada masa nak melawak dengan awak okey?”
Mirwan mengukirkan senyum nakal sambil memulangkan semula tas tangan tersebut pada Alisa, “Boleh tak awak senyum sikit? Nanti wajah awak akan segera berkedut tahu?”
Alisa menghempas pintu kereta Mirwan, “Suka hati sayalah, jangan masuk campur!”
Mirwan merenung Alisa dari kejauhan tatkala melihat kelibat Alisa menghilangkan diri ke dalam rumah. Comel betul perempuan tu bila dia marah. Berdebar juga jantung ini bila bersemuka begitu dengan dia.

No comments: