Friday, September 25, 2015

Novel "Hanya Dirimu Seadanya" - Bab 2



Melissa merebahkan diri di atas katil di biliknya. Dia terbayangkan pertengkarannya dengan pemuda tadi. Kenapa dia tidak dapat melupakan wajah kacak lelaki itu. Sungguh annoying sikap dia! Tapi dia tidak dapat menafikan yang lelaki itu memang mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.  Selalunya lelaki macam ini cuma datang sekali seumur hidup. Lantaklah dia bukannya baik sangat pun. Paling teruk pun dia hanya akan jadi teman bergaduh sahaja. Gilalah aku kalau dapat boyfriend macam tu. Dia cuba melelapkan mata sambil memikirkan perkara lain namun amat susah untuk memadamkan wajah lelaki itu dari kamus ingatannya itu. Aku syok kat dia ke? Ish, tak boleh jadi ni. Dia bingkas bangun sambil memandang ke arah cermin. Telefon aku masih dekat mamat tu. Lalu dia mengeluarkan dompet miliknya yang hanya berisi kurang dari RM500.
“Harap-harap aku dapatlah panggilan kerja dari syarikat yang satu ni,” bisiknya dalam hati.
Dia membelek pakaian yang baru ditempahnya itu. Nampak elegan pada matanya dan dia pasti yang dia akan mendapat tawaran kerja tersebut. Itulah set persalinan baju kurung yang amat diminatinya sejak pertama kali melihatnya dipamerkan diluar butik berkenaan. Oleh kerana jenis pakai siap agak mahal harganya, dia bersetuju untuk membeli kain dan menempah pakaian yang mirip dengan baju kurung idamannya itu. Rasa amat sayang kalau dia hanya memakai pakaian-pakaian lamanya untuk pergi temuduga. Dia mahu mempamerkan sisi dirinya yang matang dan versatil.
“Sayang boleh mak tengok baju kamu tadi?” Terdengar paggilan ibunya yang sedang menuju ke biliknya. Melissa pantas melipat semula baju tersebut dan membetulkan posisi duduknya.
“Masuklah mak, tak payah ketuk-ketuk pun,” ujar Melissa sebaik sahaja wajah ibunya terpacul di muka pintu.
Khadijah berjalan masuk dengan perlahan lalu duduk di atas katil bersebelahan Melissa. Riak wajah ibunya ceria sahaja kali ini dan Melissa cukup hairan kerana jarang sekali ibunya seceria begini. Dia menghulurkan pakaian tersebut pada ibunya lalu ibunya membelek berkali-kali. Barangkali ibunya khuatir dengan citarasa dan pemilihan pakaian wanita zaman moden ini. Melissa mencuba sedaya upaya untuk mengikut arus semasa tanpa menggadaikan adab timur dan kesopanan wanita Melayu. Dia lebih selesa mengenakan pakaian yang bercirikan kemelayuan kerana dia berasa lebih selesa dan yakin ketika meneruskan segala perkejaannya. Tapi dia tidak pasti adakah pilihannya tepat untuk mengenakan pakaian tersebut ketika temuduga nanti namun ia lebih selamat berbanding pakaian wanita lain yang padanya terlalu menjolok mata.
“Pandai anak ibu pilih baju,” ibunya memuji sambil membelai rambut Melissa.
Melissa mengukir senyuman, “Inikan anak ibu, mestilah Lis tahu apa yang ibu suka.  Ibu doakan temuduga Lis ni berjaya nanti Lis akan cuba bantu untuk menaikkan semula bisnes papa sebaik mungkin.”
Ibunya begitu terharu melihat semangat anaknya. Pada umur hampir mencecah 50-an ini, tiada apa yang lebih membahagiakan dirinya selain dari mengetahui anaknya mempunyai perkejaan yang baik dan melangsungkan perkahwinan dengan lelaki yang baik. Hanya itu sahaja yang selalu dipinta. Memandangkan dialah satu-satunya anak dalam keluarga mereka, Khadijah inginkan hanya yang terbaik untuk masa hadapan anaknya. Lagipun mereka berdua sudah hampir dimamah usia, bila-bila masa sahaja mereka mungkin pergi dan siapa pula yang dapat menjaga Melissa semasa ketiadaan mereka nanti?
“Ibu jangan lagi risau pasal apa-apa pun. I have everything in control, okay?” Melissa meyakinkan ibunya yang kelihatan masih bimbang itu.
“Ibu tahu, kamu memang anak gadis yang baik. Maafkan ibu kerana kamu terpaksa menjalani kehidupan yang sebegini. Kamu sepatutnya bergembira seperti gadis-gadis lain pada usia begini,” ibunya berkata dengan nada kesal.
Melissa menyeka airmata yang keluar dari mata ibunya, “Ibu, janganlah menangis. Lis tidak pernah sekali pun menyesal dengan kehidupan Lis. Lis gembira dan bersyukur kita masih lagi sebuah keluarga yang penuh kasih sayang. Papa dan ibu sudah memberikan yang terbaik buat Lisa dan sudah tiba masa Lisa untuk membalasnya pula.”
Melissa memandang sayu saat ibunya melangkah keluar dari biliknya. Dia tahu apa yang ibunya fikirkan tapi dia mahu berdikari sendiri untuk membela kehidupan mereka. Dia hanya ingin berkahwin apabila dia tahu lelaki itu memang diciptakan untuknya. Dia kembali mengenangkan mengenai lelaki tadi. Kenapa makin lama makin familiar sahaja wajah lelaki tersebut padanya? Seperti dia pernah melihat lelaki itu di mana-mana. Dia membuka rak buku di biliknya sambil mencari sesuatu. Dia mengeluarkan helaian majalah berkenaan bisnes luar negara dan sebaik sahaja dia menatap muka hadapan Business Weekly, dia tergamam sambil menutup mulut dengan tangannya.
Lelaki itu adalah usahawan terkenal dari Malaysia, tokoh korporat antarabangsa yang begitu disegani, Dato’ Arman Alfian Kim Radzwill. Wah, dalam umur yang begitu muda sudah mendapat gelaran Dato’, begitu hebat karisma lelaki ini. Empayar bisnes beliau sungguh luas hampir menembusi seluruh dunia dan kini dia merupakan antara lelaki terkaya di Asia. No wonderlah, perangai dia pun keret semacam jer. Dia malas membaca perenggan-perenggan berikutnya lalu terus menyelak bahagian pin-up. Arman mempunyai wajah yang cukup kacak dan tampan. Berdebar hati Melissa setiap kali menatap wajah Arman dalam majalah seperti mata lelaki itu sedang meenggodanya dalam diam. Dia kembali menatap majalah tersebut sambil tertawa sendirian. Rasa seperti dah angau pun ada juga. Melissa membayangkan sekiranya dia berkahwin dengan lelaki sekaya itu, sudah tentu hidupnya akan berubah.
Dia meletakkan majalah itu di atas meja solek sambil berdandan. Dia membayangkan sekiranya dia ingin menggoda lelaki tersebut. Dia menggerakkan anggota tubuhnya dengan melentok liukkan dirinya sambil beraksi seksi dan menggoda. Tapi dia terfikir semula secara rasional, adakah aku ni seksi? Dia mematikan niat tersebut lalu memadamkan lampu tidur dan keluar dari biliknya. Kelihatan di ruang tamu ayahnya sedang rancak berbicara dengan ibu.
“Lis tak mengganggu ke?” Melissa turun sambil meletakkan tangan di bahu ayahnya. Khairie agak terkejut dan mengucap panjang.
“Terkejut papa ingatkan siapa tadi. Kan papa dah pesan bagi salam dulu kan?” Ayahnya menjeling ke arah anak gadisnya yang seorang itu.
Melissa melangkah ke arah ibunya langsung duduk di sampingnya, “Sorrylah, papa. Lis dah fikir masak-masak. Lepas Lis dapat sahaja kerja then I will join your business. Amacam papa okay tak idea Lis?” Ayahnya menggeleng kepala sambil tersenyum. Ibunya juga kelihatan seperti sedang menahan dari ketawa.
“Apa yang kelakar ni ibu? Betullah kan, lepas Lis dah kerja baru Lis dapat timba pengalaman untuk menguruskan bisnes papa. Lagipun bahaya tau kalau uruskan syarikat without essential knowledge.”
Ayahnya mengangkat tangan tanda mengalah, “Baiklah do what is good for you, my dear. Papa wish you the best of luck dan kami berdoa moga Lis berjaya dalam cita-cita dan impian Lis.”
Melissa memeluk ayahnya sambil tersenyum, “Thanks papa. Inilah yang paling Li harapkan. Lis janji tidak akan mengecewakan papa.” Dia berlari menuju ke dapur engan hati yang giranf kerana gembira setelah mendapat vrestu kedua orang tuanya.  Semoga segalanya berjalan lancar untuk hari hari di hadapannya.

“Mustahil betul! Berani betul perempuan kolot tu sentuh aku!” rungut Arman sebaik sahaja tiba di dalam kamar pejabat miliknya. Rakannya, Iskandar hanya mengikutinya dari belakang dengan senyuman. Bertubuh kurus tinggi dan berambut hitam pendek, Iskandar lebih mengikut protokol syarikat berbanding dengan rakan alias bosnya ini. Dia memerhatikan gelagat Arman yang asyik mundar-mandir di hadapannya sambil merungut berkenaan kejadian tadi.
“Kau overreact kot? Bukannya dia sengaja langgar kereta kau, kan?” balas Iskandar sebaik sahaja Arman duduk bertentangan dengannya.
Arman mengetap bibir, “Aku tahu tapi tak pernah aku jumpa betina kurang ajar macam tu.”
“Ego kau tercalar lah ni?” usik Iskandar sambil berseloroh. Arman hanya menjelingnya tajam.
Arman menyambung, “Kalau setakat perempuan kolot tu, tak ada maknanya nak tercalar ego aku. Tapi aku kena balas balik nanti. Kau tengoklah. Ini Arman Alfian tiada perempuan yang tidak tunduk pada aku tahu?”
“Riak betullah kau ni. Menyampah aku,” Iskandar bingkas bangun sambil menuju ke pintu. “So temuduga isnin depan confirm ke, kau yang handle?”
Arman membetulkan blazer yang dipakainya sambil bermain dengan tali leher kelabunya itu, “That’s mine to handle. Siapkan kerja kau dulu baru kau boleh join aku next week.” Dia membuka komputer riba miliknya sambil menyemak fail-fail yang tersusun rapi di atas meja. Sesekali matanya meneling ke arah potret keluarga yang berada di penjuru meja miliknya. Terpapar wajahnya dan ayahnya. Ayah orang yang paling aku benci. Dia bukannya sayangkan aku tapi dia menjadikan aku alat untuk kepuasan hatinya. Dia menggengam erat tangannya sambil melepaskan penumbuk pada meja. Sakitnya bukan kepalang tetapi sakit di hatinya lebih dalam dari ini. Segala yang dia buat adalah kerana ayahnya tetapi mengapa ayahnya tidak pernah cuba untuk memahami perasaannya?
Sebentar sahaja, seorang wanita tinggi lampai melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan liuk tubuh yang cukup menggoda. Karina namanya dan dia adalah salah seorang teman wanita mainan Arman.
“Sayang, jomlah lunch dengan I. I dah tunggu you lama sejak tadi. You tak return any call pun. What’s wrong my darling?” pujuknya sambil duduk di atas riba Arman. Arman seperti rimas dengan perbuatan Karina lalu menepis setiap sentuhan darinya.
“Tolonglah faham, dear. I’m in the midst of something at the moment. Boleh tak kalau I call you later?” Pujuk Arman yang seperti kehilangan minat untuk meneruskan perbualan bersama gadis gedik ini. Bibir merahnya itu dimuncungkan dan skirt tali halus paras peha yang dipakainya itu dibetulkan sebaik sahaja dia bangun. Kelihatan dia amat berang dengan penolakan dari Arman tadi. Arman hanya menumpukan perhatian pada kerjanya sahaja sambil menjeling sekali sekala pada Karina.
“Sampai hati you buat I macam ni. You dah dapat tidur dengan I now you treat me like trash!”
Arman membentak, “I tak suruh kan. You yang offer I just take it. Anyway, we enjoy that night a lot. Tapi maaflah I dah bosan.” Arman memanggil sekuriti lalu mengarahkan mereka untuk mengheret Karina keluar dari pejabatnya. Karina menjerit sekuat hati namun langsung tidak diendahkan oleh Arman. Dia hanya mentertawakan pemergian perempuan simpanannya itu. Lagipun sekali dia petik lagi sepuluh akan datang melutut padanya. Bagi Arman perempuan bagaikan baju yang boleh ditukar ganti dan dia akan berasa bosan kalau terlalu lama berhubungan dengan seseorang perempuan. Maklumlah taste Arman tinggi dan dia mementingkan rupa paras dan bentuk tubuh wanita yang ingin didampinginya.
Dia kembali menatap telefon pintar milik wanita yang baru dikenalinya tadi. Berani sungguh wanita tersebut menawarkan barangan sampah sebegini untuknya. Nampaknya wanita ini belum kenal siapa Arman Alfian Kim ini sebenarnya jika tidak takkan mungkin dia berani mencabar kewibawaan dirinya dengan cara sebegini.
“Cik Rika, boleh saya tahu siapakah calon temuduga untuk sesi Isnin nanti?” Arman secara tiba-tiba mendail nombor setiausahanya lalu bertanya.
Setiausahanya, Erika menggelabah mencari fail yang berisi butiran mengenai calon-calon temuduga syarikat tersebut. Risaunya bukan kepalang kerana En. Arman Kim ini amat tegas dan tidak suka pada sebarang kesilapan. Dia mengangkat gagang telefon itu semula, “Nama calon tersebut Aura Melissa Khairie. Dia sahaja calon yang memohon untuk jawatan PA ini.”
Arman tersenyum puas kerana dia bakal menemui mangsa seterusnya. Gadis ini tentu sekali innocent and mulus, dia tidak sabar untuk merasai setiap iinci tubuh wanita ini nanti.  Selama ini pun sudah hampir 10 orang pembantu peribadinya yang telah pun berjaya dia tiduri. Namun semuanya agak membosankan dan dia inginkan sesuatu yang mencabar kali ini.
“Baiklah sila bawa butiran lengkap pemohon tersebut kepada saya sebelum awak pulang, boleh?” Arman meminta dengan baik.
Erika membetulkan helaian rambut yang menutup wajahnya, “Boleh tapi bukankah saya dah berikan pada bos sejak semalam?”
Arman tersenyum memikirkan kejadian bersama wanita misteri itu tadi. Dia merasakan yang mereka pasti bakal bertemu lagi nanti. Mana lagi wanita itu boleh melarikan diri? Tapi kali ini dia akan buat wanita itu menyesal dengan perbuatannya. Dia tidak faham mengapa wajah wanita ini seringkali menghantui fikirannya. Tidak dinafikan dia mempunyai wajah yang begitu jelita, antara yang paling cantik pernah dia bertemu sepanjang hidupnya. Sikap kasar wanita tersebut cukup mencuri perhatiannya. Dia memikirkan jalan bagaimana dia mahu menjinakkan wanita ini nanti. Dia pantas mendail satu lagi nombor misteri yang terpapar pada telefon pintarnya itu.
“Hi, Kristina sayang. Sorry for the late reply. I’ll meet you after work at the nearby hotel. I sayangkan you. Okay bye.” Ternyata seorang lagi wanita telah tersangkut pada jerat percintaan yang dipasang oleh Arman. Berbekalkan rupa yang kacak dan paras yang tampan serta tubuh yang sasa, begitu mudah baginya untuk mendapat siapa sahaja wanita yang dikehendakinya. Dengan menabur janji palsu dan wang, ramai wanita telah terkulai dalam dakapannya.

Melissa masih lagi berada di dalam biliknya setelah selesai  mengerjakan solat Isyak. Dia membelek-belek potret lama yang dijumpainya di dalam almari. Terngiang-ngiang lagi ingatan ketika masa kecilnya dahulu.  Kehidupannya yang cukup dipenuhi dengan kemewahan ketiuka kecilnya, diminta apa sahaja pasti ayah kesayangannya akan menunaikan. Ibunya tidak kurang juga memanjakan Melissa dengan kemewahan. Namun semua itu hanya tinggal impian dan kini dia berusaha mencari rezeki seperti wanita-wanita lain di zaman ini. Berbekalkan ijazah keusahawanan dan perniagaan yang dimilikinya, dia ingin mencuba nasib di syarikat-syarikat yang dirasakannya mampu membawanya lebih jauh. Jawatan sebagai pembantu peribadi pun boleh janji dia boleh belajar sedikit sebanyak selok-belok dunia perniagaan.
“Lis tak tidur lagi ke?” tanya ibunya tatkala melihat bilik anaknya yang diterangi lampu itu.
Melissa mendongak sambil tersenyum lalu menyembunyikan potret tersebut di bawah katil, “Ibu tak tidur lagi? Kan dah larut malam ni.”
Ibunya tersenyum sambil membelai rambut anak kesayangannya, “Mak tak sabar nak tengok Lis dapat kerja.  Jadi wanita yang berkarier dan berjaya.”
Melissa menggenggam erat jemari ibunya lalu berkata, “Lis dah bertekad nak bantu keluarga.”
“Walau apapun yang berlaku, ingat satu perkara. Jangan abaikan cara hidup timur tahu. Zaman sekarang wanita semua dah hilang arah dan tidak mengikut panduan agama. Lis kena janji dengan mak yang Lis takkan tinggal solat dan jaga adap sebagai perempuan.”
Lis menyeka airmata ibunya yang mengalir, “Ibu jangan risau. Lis akan ingat segala pesan ibu tu.”

Melissa memimpin ibunya keluar dari bilik sambil melambai sehingga ibunya menutup pintu kamarnya. Sebak hatinya melihatkkan keluarga yang benar-benar berharap padanya. Bukan mudah hendak memikul tanggungjawab sebagai anak tunggal dalam keluarga meskipun dirinya seorang wanita, tanggungjawab yang dipikul tetap penting. Dia ingat lagi ayahnya selalu berpesan yang segalanya akan dipikulkan pada bahunya pada masa dia meningkat dewasa dan Melissa mengerti maksud ayahnya. Kini adalah masanya untuk dia membuktikan keupayaannya sebagai pewaris keluarga Khairie.

No comments: