Saturday, September 26, 2015

Novel "Hanya Dirimu Seadanya" - Bab 4



So macam mana, puas hati tak dengan tiga entry pertama blog saya kali ini. Percubaan pertama untuk mempamerkan hasil penulisan sendiri. Selalunya saya hanya share hasil kerja bersama rakan-rakan karib serta keluarga terdekat. Idea untuk cerita ini tercetus ketika saya membayangkan watak wanita utama untuk sebuah cerita pendek yang masih dalam pembikinan. Akhirnya saya rasakan, apa salahnya jika saya olah ia menjadi suatu cerita? Inilah sedikit sebanyak kisah disebalik cerita saya ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melissa bangun seawal mungkin untuk memulakan hari barunya minggu ini. Dia bakal menduduki temuduga dengan sebuah syarikat gergasi bertaraf antarangsa, Beyond Reveal Group. Inilah kali pertama dia akan mengharungi dunia temuduga dan pekerjaan maka dia terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan bangun seawal mungkin bagi mengelakkan sebarang kelewatan. Maklumlah hari ini dia perlu membawa kereta seorang diri kerana sepupunya tidak dapat menghantarnya kerana punya urusan peribadi yang harus dikendalikan.
Selesai sahaja mandi, Melissa langsung mengenakan pakaian yang ditempahnya khas itu lalu berdiri di hadapan meja solek. Dia memandang raut wajahnya di hadapan cermin sambil tersenyum lalu dia terbayangkan kata-kata nista lelaki misteri tempohari. Aku ni nampak selekeh sangat ke? Aku tengok macam elok sahaja? Mungkin lelaki tu yang dengki kot sebab aku ni jelita sangat? Melissa tersenyum sendiri sambil mengenakan gincu bibir merah yang dimilikinya semenjak kolej. Baju kurungnya pula berwarna kemerahan pudar juga, jadi agak berpadanan dengan warna gincu yang dipilihnya. Lagipun bukankah wanita perlu menyerlahkan kejelitaannya untuk menambahkan tahap keuyakinan dan ketrampilan diri?
“Ibu, ada apa-apa saya nak tolong ke di dapur? Lis dah hampir siap ni. Tunggu Lis turun sekejap tahu?” pesan Lis yang berlari menuruni tangga dengan girangnya. Dia bergegas mendapatkan ibunya yang sedang asyik menyediakan cucur jagung di dapur. Melissa menghidu bau yang keluar dari kuali, “Ibu, sedapnya bau. Dah lama Lis tak rasa cucur jagung ibu. Thank you so much.” Lalu dia memeluk ibunya sambil mengucup lembut pipi ibunyya.
“Mak tahu kamu memang suka dengan cucur jagung ni, kan? Tu yang mak teringat dekat Lis tu terus mak buat cucur jagung ni,” balas ibunya sambil menutup api dapurnya.
Melissa merungut manja, “Kenapa ibu tak tunggu Lis turun bantu ibu? Nanti kalau apa-apa jadi kan Lis yang susah nanti.” Dia menggenggam erat tangan ibunya sambil memimpinnya ke meja makan. “Ayah mana, ibu?”
“Sini, nanti kejap lagi ayah datang makan,” balas ayahnya sayup dari luar halaman rumah.
Melissa bergegas mendapatkan ayahanda tersayangnya untuk memohon restu sebelum keluar menghadiri temuduga pertamanya. “Ayah doakan saya berjaya ye?” Dia melakar sedikit senyuman untuk mententeramkan perasaan ayahnya. Ayahnya tersenyum sebelum berpaling untuk menatap sepuas-puasnya wajah anak perempuan tunggalnya itu.
“InsyaAllah, anak ayah pasti akan diterima bekerja di sana. Kita minta dan mohon pada Allah semoga diberikan segalanya yang terbaik,” kata ayahnya dengan panjang lebar.
Ibunya pula bergegas ke halaman rumah bagi mendapatkan anakanda tersayang, hanya untuk memberikan kepadanya sebuah kalung bertuah yang disimpan sejak berpuluh generasi keluarga mereka. “Lis pakai kalung ni ye? Sekadar untuk memberi dorongan dan seri wajah,” ujar ibunya sebaik sahaja meletakkan kalung itu di atas telapak tangan anaknya itu. Melissa seboleh-bolehnya memprotes namun bimbang boleh melukai hati ibunya. Lalu dia meletakkan kalung itu di dalam beg yang disandangnya itu lalu meluru keluar menuju ke arah keretanya itu. Sebaik sahaja menaiki kereta tersebut, dengan pantas Melissa berdoa semoga segalanya berjalan dengan lancar lalu mula menghidupkan enjin kereta. Kelihatan ibu dan ayahnya tersenyum lebar dari belakang memerhatikan telatah dan gelagat Melissa yang masih cemerkap itu.

Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi yang ditujunya itu, Melissa sempat mencuci mata dengan menyaksikan pemandangan pagi di Kuala Lumpur yang cukup indah. Cukup memadan dengan gelaran hutan konkrit, Kuala Lumpur dipenuhi dengan pelbagai jenis bangunan pencakar langit yang cukup gah di mata pelancong. Di samping itu, Melissa begitu berharap agar dia mendapat seorang bos yang cukup baik, fleksibel dan bertimbang rasa. Kalau boleh biarlah bos itu perempuan jadi lebih selesa untuk mereka bekerja bersama nanti. Dia memandang jam di depan matanya. Ah, masih awal lagi. Mahu ke mana pula ya? Fikirnya sambil matanya meliar mencari restoran terdekat untuk dia memberhentikan kereta sebelum tiba masanya untuk melangkah masuk ke dalam bangunan yang tersergam indah di hadapan matanya itu.
Beyond Reveal Group ini adalah sebuah agensi dan syarikat pengiklanan dan kewangan yang utama di seluruh Asia dan merupakan antara syarikat gergasi terpenting di dunia. Selain pernah berurusan dengan beberapa klien yang cukup gah namanya, empunya syarikat ini juga menarik minat ramai usahawan asing untuk bekerjasama kerana kehebatannya dalam menjalankan bisnesnya dengan begitu teratur dan dinamik. Dia telah berjaya membeli beberapa industri penting yang bernilai hampir berbillion dolar. Tidak cukup dengan itu syarikat ini seringkali dinobatkan sebagai juara untuk setiap pertandingan keusahawanan bertaraf dunia yang seringkali diadakan.
Segala kemungkinan ini menyebabkan Melissa terus terinspirasi untuk menyumbangkan bakatnya pada syarikat ini dan memilih Beyond Reveal sebagai tempat untuk dia memperkembangkan bakatnya ke peringkat yang lebih jauh. Dia keluar daripada keretanya lalu berjalan dengan perlahan menuju ke sebuah restoran yang agak kecil namun selesa untuk menjamu sarapan pagi. Diamencari tempat yang sesuai di suatu sudut lalu duduk di situ sambil memperkemaskan lag pakaian dan sisipan rambutnya. Melissa mencari sesuatu di dalam tas tangannya lalu terjumpa bekas solek lalu menyuluh dirinya. Ok everything looks perfect. I am ready to rock.
“Kak, boleh bagi saya bandung ais satu? Cepat sikit ye kak,” pinta Melissa sambil matanya meliar memandang keadaan sekeliling. Sesekali dia memerhatikan jam tangannya. Bukan apa, dia takut terlewat untuk ke sesi temuduga tersebut.
Seorang perempuan pertengahan umur yang berbaju kurung putih lengkap dengan tdung biru tiba sambil membawakan minuman bandung ais ke meja Melissa, “Ini aiir dia dik.”
Melissa tersenyum sambil membalas lembut, Terima kasih, kak.”
Kemudian dia terpandang ada sekumpulan pekerja perempuan yang kelihatan baru sahaja keluar dari bangunan yang akan dimasukinya nanti, meluru masuk ke dalam restoran tempat dia sedang minum lalu duduk di meja sebelah. Melissa hanya memasang telinga mendengar setiap bait perkataan yang diluahkan mereka.
Wanita yang kecil molek di hujung sekali berkata, “Aduh, tak sangka lah Sam, hensem giler bos kita tu kan. No wonder lah setiausaha dan PA dia sering bertukar ganti. Skandal lah tu.”
Wanita yang berambut kerinting dan berkulit gelap itu pula menyampuk, “Eh you ni, mengumpat bos kita ikut sedap mulut jer. Nanti kalau spy dia dengar habislah you!”
“You ni terlalu menyokong dia lah! Tahulah pekerja senior tapi takkan you nak backup bos tu bulat-bulat,” perli wanita yang agak lebih tua dari mereka itu.
Melissa terkedu. Alamak, bakal bos aku ni lelaki yang sangat kacak ke? Matilah aku macam ni. Lalu pelbagai perkara bermain di fikirannya. Gusar mula berbuku di hati Melissa apabila memikirkan pelbagai kejadian yang bakal berlaku jika dia bekerja dengan seorang bos lelaki yang kacak. Pelbagai kemungkinan mungkin timbul. Gangguan seksual dan macam-macam lagi lah.
Dia pantas bangun meninggalkan meja makannya tadi lalu menuju ke arah kaunter untuk membayar bil yang dikenakan tadi. Dia kembali menarik nafas yang panjang lalu menghembuskannya kembali. Don’t worry Melissa. You can do this. Jangan biarkan apa yang dicakapkan oleh wanita-wanita tadi mematahkan semangat awak. Dia berjalan dengan yakin menuju ke arah bangunan yang tersergam indah di depan matanya itu lalu berjalan pantas ke arah lobi bangunan tersebut. Seorang wanita tinggi lampai dan berambut hitam ikal mayang sedang sibuk melayani panggilan telefon yang bertubi-tubi masuk ke taliannya.
“Maafkan saya, boleh tak kalau saya tanya awak sesuatu?” Melissa bertanya dengan perlahan.
Wanita itu memberikan senyuman sambil dirinya sedang sibuk melayani panggilan yang masuk, “Maafkan saya ya cik. Keadaan agak sibuk sekarang. Adi apa yang boleh saya bantu?”
Melissa menunjukkan surat temuduga itu lalu menjelaskan, “Saya ada temuduga dengan pemilik syarikat ini dan saya pula tidak tahu namanya. Boleh saya tahu ofis pemilik syarikat ini di tingkat berapa?”
Wanita itu yang tertulis nama Laila Sameer di lencana bajunya tergesa-gesa mencari sesuatu menggunakan carian komputernya. “Oh, bos berada di tingkat 25. Maklumlah saya pun baru lagi di sini. Agak menggelabah sikit. By the way, saya Laila. You?”
“Melissa. Aura Melissa Khairie. Thanks for the info. Oklah I pergi dulu. Semoga bertemu lagi ye?” balas Melissa dengan girang.

“Good luck,” balas Laila pula lalu dia kembali menyibukkan dirinya dengan kerjanya itu.

No comments: