Saturday, October 3, 2015

Novel "Hanya Dirimu Seadanya" - Bab 7


Sorry korang terlambat sikit upload chapter terbaru. Maklumlah busy dengan kerja dan macam-macam. Namun saya dapat juga siapkan chapter terbaru so harap korang akan enjoy cerita ni!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan berat hati, Melissa membawa segala fail-fail dan dokumen penting yang perlu diuruskannya lalu berpindah ke bilik bersebelahan dengan Arman. Dari situ dia mendapati Arman sedang menjelingnya dengan satu pandangan yang cukup tajam. Seram sejuk tubuh Melissa bila terpandang wajah Arman dengan jelingannya yang cukup menggoda itu. Seperti dia sedang memikirkan satu senario yang cukup memberahikan buat mereka berdua. Melissa terburu-buru untuk mengemas tempat barunya lalu membuka komputer riba yang tersedia di situ. Hatinya masih berdebar lagi. Bencinya, kenapa aku rasa lemah semacam saja sekarang ni? Arman berjalan menuju masuk ke bilik Melissa ketika Melissa sedang sibuk mencari sesuatu di dalam komputernya.
“Bagaimana tempat baru awak?” Arman secara mengejut menyapa.
Melissa tersentak lalu bangun tergesa-gesa, “Okey sahaja. Terima kasih kerana semua ini.”
Arman memerhatikan Melissa dari bawah ke atas lalu menggelengkan kepala. Dia tersenyum sambil merenung tepat pada anak mata Melissa. Dia berdiri begitu dekat dengan Melissa. Melissa merasakan seperti bibir mereka hampir bertemu lalu degupan jantungnya kian kencang. Arman meletakkan tangannya di dinding untuk menampung dirinya.
“Saya rasa awak kekurangan sesuatu,” Arman berbisik dengan perlahan sambil mengusap bibir Melissa.
Melissa tersasul lalu membalas, “Apa yang kurang pada saya?”
Arman menjarakkan dirinya dari Melissa sambil menyambung, “Awak kekurangan daya tarikan seksual. Dan awak juga tidak mengikuti protokol pakaian syarikat ini.”
“Jadi awak mahu saya berpakaian yang menjolok mata, begitu?” Melissa bertanya dengan selamba.
Arman berpaling darinya lalu membalas, “That’s my official rule. It’s fine if you don’t want to follow the rule. Tapi saya berhak untuk denda awak!”
“Tapi takkan saya nak balik tukar baju pulak. Lagipun gaji belum dapat lagi, bagaimana pulak saya nak beli baju yang lain?” Melissa merungut di hadapan Arman dengan membulatkan matanya. Arman hanya tersengih memerhatikan perilaku Melissa yang begitu keanak-anakan.
Arman menghulurkan tangan pada Melissa, “Mari ikut saya. Saya akan bawa awak untuk shopping spree sebentar.”
“Tapi tak menyusahkan tuan ke? Apa kata staf-staf tuan yang lain nanti?” Melissa teragak-agak untuk mengiyakan jemputan Arman.
Arman menarik tangannya lalu mengajaknya keluar dari pejabat menuju ke pintu hadapan yang berhadapan dengan lif. Melissa tersentak dengan perbuatsn Arman yang secara tiba-tiba membawanya ke sana dan ke mari seperti dirinya ini isterinya. Dia memandang kembali wajah Arman yang sedang sibuk memandang lif. Bagai mimpi sahaja, berjalan dengan CEO sekacak ini. Sudahlah dia bukan calang-calang orang, menjadi dambaan semua wanita di Malaysia tapi mengapalah dirinya juga yang disorong ke sana dan ke mari?
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Arman mmegang bahu Melissa lalu membawanya masuk. Terasa seperti ada kejutan elektrik setiap kali kulit mereka bersentuhan. Bulu halus di tangan Arman itu kadangkala menimbulkan rasa geli geleman yang makin lama membuahkan perasaan berahi pada Melissa. Dia sumpah tidak mahu berada dalam pelukan lelaki yang seperti ini seumur hidupnya namun apakah dayanya?


“Baik sekarang you tolong makeover minah ni untuk capai standard yang I nak,” arah Arman pada penasihat kecantikan kenalannya itu, Aisha Sofea. Aisha Sofea seorang gadis tinggi lampai, berambut perang dan amat mementingkan kecantikan. Dari pemakaiannya sahaja, Melissa sudah agak bagaimana dia membawa diri dengan orang di sekelilingnya.
Aisha Sofea hanya tersenyum sambil bermain dengan juntaian rambutnya, “Small matter la, Arman. I kasi dia glamour macam Paris Hilton pun boleh.”
Arman menjeling tajam sambil mengurut dahi, “Buat sajalah kerja you cepat! I rushing ni!”
Aisha bergegas menarik tangan Melissa ke arah meja solek sambil meminta pendandan rambut untuk makeover Melissa sepenuhnya. Jurumekap pula ditugaskan untuk menyolekkan wajah Melissa agar kelihatan glamor dan seksi. Aisha memilihkan pakaian untuk dipakai oleh Melissa dan dalam kesibukannya memilih pakaian yang sesuai, dia bercadang untuk mengenakan pakaian yang tidak terlalu seksi namun cukup menimbulkan tarikan seksual buat di pemakai. Dress biru paras lutut itu begitu sesuai sekali dengan Melissa kerana kulitnya yang putih melepak itu. Kasut stilleto hitam yang dikenakan itu pula benar-benar sepadan dengan Melissa. Sekarang Melissa sudah cukup rencahnya untuk menemui Arman yang benar-benar cerewet itu.
“Wow, you look absolutely stunning!”
Melissa hanya mengukirkan senyum sumbing. Dia melihat keadaan dirinya yang benar-benar sudah berubah. Ini adalah fesyen yang bakal mengundang masalah kemudian nanti. Dia berasa kurang selesa mengenakan pakaian yang agak seksi kerana selama ini dia lebih senang berbaju kurung atau berseluar ke mana-mana.
Arman menghampiri Melissa sambil menyentuh pipinya, “Inilah PA yang saya gemari.”
Melissa menepis tangan Arman, “Please, bos saya tak suka bos buat begini.”
Keengganan Melissa membuatkan nafsu Arman bergelora, lantas dia menarik Melissa lalu dia berada dalam pelukan erat Arman, “Apa yang saya nak, saya tetap akan dapatkannya!”
“Itu tak bermakna Tuan Arman boleh berbuat apa sahaja yang tuan suka pada saya!”
Arman merenungnya dengan marah, “Kau jangan suka melawan. Nanti kau akan menyesal!”
Melissa terburu-buru meninggalkan kedai tersebut sambil berjalan dengan laju untuk mengelakkan dari diekori oleh Arman. Namun tiba-tiba Arman sudah berada di hadapannya.
Arman menyapa dengan angkuh, “Kenapa dah tak sayang kerja, ke?”
Melissa menyeka air matanya, “Kenapa tuan buat saya macam ni? Saya tak salah apa-apa pun dekat tuan.”
Arman tertawa berdekah-dekah, “Tak salah kau kata? Kau ni memang dah gila agaknya.”
Melissa merenung Arman dengan tajam, “Apa maksud tuan? Apa salah saya lagi?”
“Kau jangan buat-buat lupa hutang kau dekat aku pasal kereta aku yang kau langgar hari tu, okey?”
Melissa menundukkan wajahnya, “Itu saya tahu tapi kenapa tuan hukum saya begini sekali?”

Arman menggeleng laju, “Okey, jangan buat aku naik angin. Masuk kereta cepat!”

No comments: