Saturday, October 10, 2015

Novel "Hanya Dirimu Seadanya" - Bab 8



Terima kasih banyak sangat atas sokongan korang pada karya saya yang sungguh tak seberapa ini. Saya akan cuba yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak yang follow citer ni. Kini saya upload the next chapter, harap korang enjoy!

“Encik tak boleh paksa saya sesuka hati macam ni!” Melissa membentak.
Arman merengus sambil membuka kereta, “Don’t let me drag you into the car! Masuk cepat!”
Melissa tiada pilihan selain menurut sahaja kehendak lelaki kacak yang angkuh itu. Melissa berpeluk tubuh sebaik sahaja memasuki kereta Arman sambil memandang ke arah lain. Arman tersengih sendirian sambil memerhatikan riak wajah Melissa yang mencuka sejak dari tadi. Comel pulak kelihatan Melissa kalau dia buat mimik muka yang begini. Sangat kebudak-budakan! Kecur air liur Arman memerhatikan bibir mungil yang belum pernah dicium oleh mana-mana lelaki itu. Arman menggeleng kepala. Belum. Dia belum lagi selesai membuatkan wanita ini menyesal kerana berani menunjuk lagak di hadapannya tempohari.
“Mulai hari ini ikut saja kod pakaian syarikat! Itu pun kalau awak masih sayang dengan karier awak,” ujar Arman yang sedang tekun memandu.
Melissa melorot pandangannya pada stereng kereta yang digenggam kemas oleh Arman, “Suka hati boslah! Harap encik tak paksa saya buat yang bukan-bukan lepas ni,” balasnya selamba.
Arman tersentak mendengar jawapannya. Ternyata perempuan kolot ni memang kuat bertegang leher dengannya. Geram pula hendak melumat bibir mungil yang merekah itu. Tentu manis bila bersentuhan dengan bibirnya. Kalau diikutkan hati sudah lama dirosakkan mahkota kesucian wanita ini. Tapi dia sanggup bersabar untuk melihat sendiri wanita itu hidup dengan sengsara di sisinya. Dia termenung seketika sambil memerhatikan cuaca yang semakin mendung. Masih jauh lagi untuk sampai ke pejabat dan jalan raya agak sesak. Arman melonggarkan tali leher sambil meneguk sebotol air mineral yang kerap dibawanya bersama. Kereta mewah yang berpenghawa dingin itu belum cukup untuk meredakan kepanasan dalam hati Arman.
“Encik fikir pasal apa tu? Serius je saya tengok,” tegur Melissa dengan tiba-tiba.
Ah, sibuklah kau perempuan kolot, gumam Arman dalam hati. Waktu orang bercakap dengan dia tak pula dia mahu menjawab. Sekarang nak bertanya khabar bagai pulak. Aneh betul perempuan ni! Arman mendengus sebaik sahaja memalingkan pandangannya dari Melissa.
Lama-kelamaan Arman menjawab juga, “Adalah, kau jangan sibuk boleh tak?”
Melissa tercengang mendengar jawapan mengeut dari Arman. Macamlah dia terhegeh-hegeh hendak menyibuk hal peribadi bos barunya itu. Dia saja nak berbaik-baik tapi kala Encik Kejung tu tak nak lantaklah! Peduli apa ingat dia kisah ker apa yang bosnya tu fikir. Berlagak gilerlah mamat ni!
“Kalau bos rasa tak senang berborak dengan saya, tak apalah,” Melissa membuang pandangannya ke luar tingkap. Bengang betul berdua-duaan dengan lelaki ego tak mengenaql tempat ni. Ingat dia hadap sangat ke naik kereta mewah ni? Pergi shopping tempat mahal-mahal macam tu? Kalau diikutkan hati memang dia tak jejaklah tempat macam tu.
Arman brek mengejut, “Awak saja nak cari pasal dengan saya ke?”
Terkejut Melissa bukan kepalang. Arman menggoncang bahunya dengan begitu kuat seolah-olah ada hantu yang merasuknya. “Encik ni dah kenapa?” Mata Melissa meliar memandang Arman yang sedang keberangan.
“Turun dari kereta aku sekarang!” Jarinya menunjuk pada pintu. Giler mamat ni! Takkan dia nak tinggalkan PA dia sendiri dekat tengah jalan. Agak-agaklah kalau nak bergurau. Ni kan highway. Macam mana nak balik pejabat kalau macam ni? Teksi pun tak ada! Melissa merenung tajam Arman yang sedang berjalan ke arah tempat duduknya sendiri.
Arman seperti orang gila menjerit, “Aku cakap keluarlah! Berambus!”


Melissa terpaksa akur dengan kehendak lelaki itu. Sudahlah cuaca mulai hujan. Rintik-rintik halus hujan mulai kelihatan dan membasahi tubuh mungilnya. Sudahlah hanya dibaluti pakaian yang terlalu jarang dan seksi. Lama-kelamaan Melissa mulai menggigil kesejukan. Arman yang mulai menghidupkan enjin kereta menoleh semula ke arah Melissa yang sedang dibasahi hujan. Mata Melissa yang redup itu seolah-olah memanggilnya.
Cis, tak mungkin aku boleh terpesona dengan perempuan kolot ni! Getus hati kecil Arman.
Dia cuba untuk tidak mengendahkan Melissa lalu bergerak meninggalkan kawasan tersebut. Puas dia cuba memadamkan rasa bersalah tersebut namun ia kembali menghantuinya. Matanya melorot ke arah cermin sisi. Ternyata Melissa masih berdiri di tempat yang sama, seolah-olah dia kaku di situ.
“Eh, perempuan! Kenapa tak pergi berteduh?” Arman melaung pada Melissa.
Bagai tak diendahkan laungannya tadi, Arman berundur beberapa langkah ke belakang. Melissa masih menundukkan wajahnya sambil membisu. Arman memang pantang tengok perempuan yang suka tunjuk suci di hadapannya.
Sambil menarik tangan Melissa, Arman menegur dengan perlahan, “Naik kereta cepat!”
“Tak perlu nak berlagak baiklah!” Melissa menepis tangan Arman.
Arman mulai naik berang, “Eh, please jangan tunjuk baiklah! Masuk sebelum saya betul-betul tinggalkan awak!”
Melissa memuncungkan bibirnya sambil membuka pintu kereta Arman lalu menghempasnya ketika menutup pintu itu kembali.
“Hoi! Kau ingat tu kereta bapak kau ke nak hempas suka hati macam tu!”
Melissa tidak menjawab. Dia hanya menjeling Arman tajam sambil mencebik bibir. Dia berpeluk tubuh sambil memekakkan telinga.
Arman tidak puas hati lalu masuk ke dalam kereta sambil menolak-nolak tubuh genit Melissa, “Eh, perempuan! Kau ni memang bangsa tak sedar diri kan?”
“So sekarang saya pulak yang jahat?” Melissa membentak. Dia benar-benar panas telinga dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan. Belum pernah dia bertemu lelaki yang betul-betul annoying macam ni. Baru sikit dah macam-macam. Poyo punya jantan. Apa dia ingat dia punya segalanya itu, dia sudah boleh menguasai dunia? Inilah spesis lelaki yang paling dielakkan oleh perempuan-perempuan. Kalau siapa buat dia jadi suami maka meranalah seumur hidup!
Arman mengurut dahinya sambil menggengam kemas stereng keretanya. Kalau macam ni memang harulah dapat PA sengal dan degil macam minah kolot ni. Sudahlah tak tahu berfesyen, banyak kerenah dan terlalu kolot pemikirannya. Macam manalah dia boleh teringin nak ambil PA yang macam ni? Sedih betul melihat cara Melissa membawa diri di pejabatnya. Dahlah selekeh dan tak boleh dibawa berbincang langsung.
“Encik nak bawa saya ke mana ni? Ini bukan jalan pergi ofis!”
Arman enggan memandang Melissa, “Kau diamlah! Membising saja dari tadi!”
Melissa mulai berasa ketakutan. Encik Kejung ni kalau dibiarkan memang menjadi. Nanti tak pasal-pasal terpaksa kahwin free dengan bos poyo ni pulak. Dia tahu Arman masih berdendam dengannya mengenai peristiwa di tempat letak kereta tempohari.
Melissa tergagap-gagap menegur, “Encik boleh tak kita terus ke pejabat?”

Arman tidak menjawab. Menbisu seribu bahasa. Nahas Melissa kali ini. Sambil menggoncang tubuh sasa Arman, Melissa mulai mengalirkan air mata. Dia tidak mahu diperlakukan sewenang-wenangnya.

2 comments:

Anonymous said...

Sambungan babb 9???

yashaunayakubov said...

Caesars Casino & Hotel - Mapyro
Search for Caesars Casino & Hotel 강릉 출장마사지 in 고양 출장마사지 Las Vegas, 구리 출장샵 NV, 안산 출장샵 USA from Mapyro. Las Vegas, NV | Las Vegas, NV | 과천 출장안마 Casino Near Me. Map.