Sunday, July 24, 2016

Novel "Terbaik Bagimu" - Bab 1 (UPDATED)



Baiklah korang, sebenarnya karya yang lagi satu ni dah terperam lama dekat dlm PC jadi nak diaktifkan semula. Harap korang menyukai kisah cinta yang ini sebab ini adalah kisah yang saya buat research sendiri. Memang pahit kan kalau kahwin dengan orang yang tak suka dengan kita?


BAB SATU


Sebuah Ferrari merah memecut laju dari arah bertentangan dan secara tidak sengaja melanggar lopak air di hadapannya. Lalu terperciklah air tersebut mengenai dress merah jambu labuh kepunyaan seorang wanita muda yang jelita. Wajah manis manita tersebut bertukar masam lalu membebel tak henti-henti. Segala jenis sumpah seranah yang tak terbayang di fikiran kita pun terkeluar. Kereta tersebut hanya terhenti secara tiba-tiba jauh di hadapannya sebelum berlalu pergi. Wanita muda itu memerhatikan dengan jelas untuk mengecam wajah pemandu yang memandu kereta dengan cemerkap itu.
"Setan betullah mamat ni! Dah lah langgar lopak air tak minta maaf!"
Lalu wanita tersebut kembali duduk di perhentian teksi berdekatan dengan kecewanya. Saidatul Alisa adalah seorang wanita dalam lingkungan 20-an yang bekerja sebagai penolong pengarah kreatif di sebuah firma pengiklanan yang cukup gah namanya Rona Impian. Anak kepada pasangan Hj Fadzil Azim dan Hjh Latifah Bukhari ini bukan calang-calang wanita. Mulut celuparnya cukup sebagai senjata yang menyelamatkan dirinya dari gangguan lelaki. Boleh dikatakan kejelitaan Alisa menjadi igauan lelaki-lelaki di daerah tersebut. Tinggal di kawasan elit persis Desa Hartamas, sudah tentulah banyak calon-calon yang ingin mencuba nasib. Malangnya si Alisa pula sudah berpunya.
Hendak dijadikan cerita, Alisa telah mengenali seorang pemuda bernama Elyas Saidin, seorang jurutera elektrik dari Perak. Perkenalan mereka hampir mencecah 4 tahun dan mereka bercadang untuk bernikah selepas raya tahun ini. Akan tetapi, makin lama makin rumit pula perhubungan mereka ini.  Jadi Alisa tidak mahu memaksa dan lebih suka mendiamkan diri sambil menanti saat dan ketika yang sesuai untuk berbincang berkenaan hal perhubungan mereka. Perkara baik seperti ini sudah tidak boleh terlalu lama ditangguh. Alisa amat khuatir nanti jika Elyas berubah hati. Lagipun selama ini pun nampaknya hanya dirinya sahaja yang beria-ria mahu mendirikan rumahtangga.
Alisa menyelak rambut perangnya yang kini hampir mencecah bahu lalu mencebik sambil memandang skrin telefon pintarnya yang berkelip-kelip. Dengan acuh tak acuh, dia memadamkan mesej tersebut lalu meletakkan telefon bimbitnya ke dalam begnya.
"Isk, nak apa lagi minah nih!" getusnya perlahan, tak puas hati dengan mesej yang baru diterimanya.
Dari jauh matanya tangkas memerhatikan sebuah teksi merah yang menghampiri hentian teksi tersebut lalu Alisa bingkas bangun dan menahannya. Alhamdulillah, rezeki agaknya. Lalu dia menaiki teksi tersebut pulang. Lain kali ayah perlu membelikannya sebuah kereta untuk kemudahan di kemudian hari. Sudah agak lama dia meminta daripada ayahnya untuk mendapatkan sebuah kereta buat dirinya namun ayahnya tetap tegar tidak mahu membelikan untuknya. Kononnya ayahnya takut dia akan merayap setiap malam untuk bertemu dengan kekasihnya sampai lupa jalan pulang ke rumah. Ayahnya terlalu prejudis terhadap anaknya sendiri dan selalu memandang rendah kebolehannya untuk berdikari.
“Ros, apa yang you nak call I time ni?”
Wanita di dalam telefonnya itu menjawab dengan tenang, “Ada projek mega baru masuk!”
Alisa mengeluh sambal bersandar pada kerusi teksi, “Bencinya! Bila nak start?”
“Rilekslah dulu. You decide waktu you masuk office next time.”
Alisa merenung ke luar, “Fine, tapi apa-apa nanti you jangan libatkan I tau!”


Lelaki yang memandu kereta Ferrari mewah itu memberhentikan keretanya di suatu selekoh lalu keluar dari keretanya dan memandang pada bahagian hadapan keretanya yang terkena kesan lumpur. Dia mengetap bibir sambil mengurut dahi. Kalau jahanam kereta baru miliknya ini habislah. Sudahlah kereta ini limited edition pula jadi kalau mahu beli lagi perlu tunggu keluaran berikutnya yang mungkin bakal mengambil masa setahun lebih. Wajah kacaknya itu berkerut dan kulitnya yang putih itu bertukar kemerahan kerana kegusaran. Ramai wanita muda yang melalui selekoh tersebut tak berkelip-kelip mata memandang kekacakan lelaki tersebut. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek blazer miliknya lalu mendail suatu nombor.
“Hello, boleh tak you send somebody to repair my car body?” Lelaki itu mengarah.
Seorang tauke cina menjawab panggilannya, “Boleh tapi mahu kena tunggu petang, ok?”
Dalam keadaan serba-salah terpaksa jua lelaki itu akur dengan keadaan yang tidak memihak kepadanya itu. Dia meletakkan semula telefon bimbitnya ke dalam kocek blazer miliknya. Dia memandang keadaan sekeliling lalu menaiki keretanya semula lalu berpusing untuk membuat u-turn. Dia perlu kembali mendapatkan semula wanita yang hampir dilanggarnya tadi. Dia harus meminta maaf pada wanita tersebut sebab sudah terang dan jelas ia memang salahnya sendiri. Dia harus menjadi gentleman dan bersemuka dengan wanita tersebut. Kemungkinan dia telah menyebabkan wanita itu mengalami kesukaran. 
Akhirnya dia sampai di perhentian teksi tadi namun dia mendapati wanita tersebut telah pun beredar dari kawasan tersebut. Malangnya sebab dia benar-benar ingin meminta maaf pada wanita tersebut. Dia melihat jam di tangannya lalu mendesis. Dia benar-benar sudah terlewat untuk ke rumah kliennya. Mungkin dia akan bertemu dengan wanita tersebut lain kali kalau sudah ditakdirkan. Bukan apa, dia hanya mahu meminta maaf dan memberi ganti rugi sahaja. 
Mirwan menoleh kearah telefon bimbitnya lalu terpandang nama yang tertera. HAJI FADZIL. “Assalamualaikum Tuan Haji?”
“Waalaikumussalam Tuan Mirwan, sekarang ada dekat mana?”
Mirwan bersandar pada tempat duduk sambal tangannya di stereng, “On the way, mungkin dalam beberapa minit lagi.”
Haji Fadzil membalas, “Nanti dah sampai inform pakcik ya?”
“Insyaallah, Tuan Haji. Saya gerak sekarang.”



Sampai sahaja dia di depan rumah, kelihatan wajah ibunya yang begitu ceria sekali menyambutnya. Risau bukan kepalang, apa lagilah projek orang tuanya yang sedang dirancangkan tadi. Kalau boleh, dia tak nak masuk campur urusan rumit begini. Kemudian matanya memandang sesuatu yang sangat “familiar”. Ferrari merah itu! Lalu dia bingkas menaiki tangga rumah dan melangkah masuk dengan geram. Namun amarah Alisa reda seketika tatkala terpandang satu wajah asing di ruang tamu.
Orangnya kelihatan tinggi dan susuk tubuhnya tak kalah model-model yang menghiasi majalah “Maskulin”, malah lebih terserlah kekar dan sasanya otot-otot yang kelihatan pada tubuhnya. Mengenakan blazer hitam sepadan dengan seluar slack hitam yang kelihatan berjenama beserta kemeja putih lembut, namun ia masih tidak mampu menyembunyikan susuk tubuhnya yang menarik. Pandangan Alisa beralih ke wajahnya yang sangat kacak. Aduhai, lihat sahaja hidungnya yang mancung dan tulang pipinya yang menawan itu. Dagunya dilitupi sedikit janggut. Orangnya berkulit putih dan seperti bukan sepenuhnya Melayu. Kacukan mungkin memandangkan ketampanannya persis orang-orang Eropah.
Alisa meneguk air liurnya sendiri. Seperti kisah Nabi Yusuf A.S yang selalu diceritakan oleh ustaz-ustaz di madrasah yang selalu dikunjunginya, begitu kacaknya lelaki ini. Namun dia mengingatkan kembali dirinya bahawa lelaki ini yang sudah melanggar lecak air tadi lalu terpalit pada pakaiannya. Sekacak manapun mamat ini, dia tidak boleh terlepas daripada menerima pengajaran akibat perbuatannya tadi yang difikirkan agak keterlaluan. Kalau wanita lain mungkin dia boleh terlepas dengan wajah kacaknya namun ini Alisa, jadi dia tidak mungkin melepaskan lelaki ini sewenang-wenangnya.
Sambil menuding jari, Alisa mengherdik, “Awak! Awak yang melanggar lecak air dekat hentian teksi tadi, kan?”
Lelaki itu bingkas bangun, “Maafkan saya. Saya tidak sengaja. Sebenarnya saya ingin mencari awak selepas kejadian itu untuk meminta maaf tapi tak berjaya menemui awak!”
Alisa menaikkan keningnya tanda tak percaya, “Oh jadi dah satu jam saya perlu berhadapan dengan kotoran ini, awak kata awak datang mencari saya? Tolonglah, statement awak tu propa sangat!”
Lelaki itu menghampirinya, “Saya benar-benar kesal atas kejadian tadi. Baiklah apa awak mahu saya lakukan untuk tebus kesalahan saya? Mahu shopping baju baru, saya akan temankan awak ke kompleks beli-belah terkemuka untuk mencari pakaian yang sama seperti ini.”
Cis, mamat ni nampak bersungguh-sungguh betul! Masalah ni.
"Baiklah saya mahu awak meminta maaf sambil melutut dan memberikan ganti rugi sebanyak RM10,000 atas kerosakan baju saya. Boleh?"
Lelaki tadi menyapu keringat di dahinya, “Baik, jadi begini boleh?” Lelaki itu melutut sambil mengeluarkan sampul yang berisi tunai lalu diberikan kepada Alisa. “Boleh maafkan saya dan saya harap ini cukup untuk membaiki pakaian awak.”
Dari jauh kedengaran suara ayahanda yang membentak, “Saidatul Alisa! Apa yang kamu fikir sedang kamu lakukan ini?”
Terkedu Alisa dibuatnya, tak pernah ayahnya semarah ini. Dia memandang ayahnya yang pantas berjalan ke arah lelaki tadi lalu meminta maaf kepadanya.
"Maafkan anak pakcik ni, Tuan Mirwan. Dia agak kebudak-budakan. Harap Tuan tak berkecil hati dengan perbuatannya tadi."
Alisa ternganga, seolah-olah tidak percaya dengan reaksi ayahnya tadi. Kenapa pula Alisa yang salah?
“Dia tak salah pakcik, ini memang jelas salah saya dan memang patut saya meminta maaf daripada dia,” jelas Mirwan.
“Apa maksud ayah ni? Memang salah dia pun,” tegas Alisa pada ayahnya.
Ayahnya memperkenalkan lelaki itu, “Ini rakan kongsi dan pelabur utama ayah, Tuan Mirwan Iskandar Bin Dzulkarnain. Dia pemilik 6 bisnes utama di serantau Asia untuk pengetahuan kamu, termasuk Rona Impian yang kau banggakan sangat itu.” Mirwan hanya tersenyum sinis pada Alisa dan seperti mengejek dia mendekatinya lalu menghulurkan salam.
"Selamat bertemu, kamu Saidatul Alisa yang sering diceritakan Pak Fadzil. Memang sangat jelita seperti yang ramai lelaki di sini ceritakan," kata Mirwan sambil tersenyum pada Alisa. Membalas salamnya dengan acuh tak acuh, Alisa menjeling lalu naik ke atas. Baginya, tiada gunanya bertekak kalau bapa sendiri lebih berpihak kepada lelaki itu dan bukannya anaknya sendiri.
“Mirwan kamu jangan berkecil hati dengan perangai anak pakcik tu,” pohon ayah Alisa sambil menggeleng kepala.
Mirwan tersengih sambil duduk kembali, “Gadis muda memang begitu.”
Ayah Alisa berasa kesal dengan sikap Alisa, “Apa-apapun pakcik tetap mohon maaf atas sikap anak pakcik tadi. Dia budak baik cuma keras kepala sikit.”
Mirwan tertarik dengan kejelitaan wanita tadi yang sungguh mempesona. Kulitnya yang putih mulus itu benar-benar mengoyangkan keimanannya untuk seketika. Bibirnya yang merekah bak delima itu benar-benar membuatkan perasaannya meluap-luap ketika ini. Mengapa dia begitu marah? Sungguh tak kena masa yang diaturkan untuk bertemu. Kalau mereka bertemu di dalam keadaan yang lebih sempurna, tentu sekali mereka dapat berkenalan dengan lebih mesra. Dia memandang sahaja kopi yang hampir sejuk di hadapan matanya itu.
“Tak apa pakcik, dia tidak sengaja mungkin,” Mirwan membalas dengan tenang.
Namun ayah Alisa masih tidak berpuas hati, “Salah saya kerana terlalu memanjakannya.”
“Anak pakcik cuma seorang sahaja?”
Ayah Alisa mengangguk lalu duduk berdepan dengan Mirwan, “Benar, Alisalah satu-satunya anak pakcik.”
Mirwan menjeling ke arah tangga menuju ke tingkat atas, “Anak pakcik kelulusan apa? Dan dia sekarang bekerja di mana?”
“Alisa ni berkhidmat dekat Rona Impian. Lupa pulak jawatan dia.”
Mirwan tersenyum, “Mesti anak pakcik ni cukup berbakat.”
Ayah Alisa hanya tersengih, “Alhamdulillah dia mewarisi bakat keluarga dia.”
“Untung Tuan Haji punya anak yang hebat dan cantik seperti Alisa,” puji Mirwan sambil menghirup kopi yang sudah sejuk tadi. Sekarang dia suddah tahu serba sedikit tentang Alisa. Entah mengapa Alisa ini begitu menarik minatnya untuk mengetahui tentang diri wanita itu dengan lebih mendalam.

No comments: