Sunday, September 4, 2016

Novel "Terbaik Bagimu" - Bab 2 (UPDATED)


BAB DUA

Lamunan Alisa terhenti tatkala daun pintunya dibuka oleh ibunya. Wanita elegan yang berusia lingkunangan 40-an itu kelihatan masih anggun dengan busana kebaya merah dan tudung bawal berenda. Sungguh tak tumpah seperti anaknya juga. Kalau tidak manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Sesekali Alisa menjeling ke arah ibunya. Bibirnya diketap rapat dan nampaknya amarahnya belum reda lagi. Hjh Latifah duduk di sebelah anaknya itu sambil mengusap lembut rambutnya.
Dengan tak semena-mena Alisa bertanya perlahan, “Kenapa ayah bersikap begitu?”
Ibunya menghela nafas yang dalam, “Sebab tindakan Alisa terlalu keanak-anakan. Kita perlu menghormati setiap tetamu kita yang datang.”
Alisa berpaling mengadap ibunya, “Tapi ibu tahu kan, Tuan Mirwan tu yang sengaja langgar lopak air tu. Dia sepatutnya minta maaf on the spot!”
Hjh Latifah tersenyum, “Sesekali kita perlu belajar memaafkan. Tuan Mirwan tu baik orangnya. Tahu tak dalam umurnya yang lewat 20-an itu dia sudah membina empayar yang begitu besar dan berpengaruh tapi masih mengamalkan nilai-nilai islamik.”
Alisa mengeluh, “Tengok, ibu pun nak puji dia juga ker? Leceh la macam nih!”
Hjh Latifah perlahan-lahan bangun dari katil anaknya, “Dah lah tu, tak baik masam muka macam nih. Cepat tua tahu? Dah pergi solat Asar dan turun ke bawah. Mak dah sediakan hidangan lazat untuk anak ibu yang seorang nih.”
Alisa kembali berbaring di atas katilnya yang empuk tu. Baru dia teringat, rakannya ada pernah membuat sesi fotografi untuk majalah “Maskulin” segmen usahawan hot. Dia bingkas bangun dan menyelongkar kabinet bukunya. Lalu dia terjumpa senashkah majalah yang dicarinya tadi dan ternyata memang Tuan Mirwan pernah menghiasi cover majalah tersebut.
Dia membelek majalah tersebut, di muka hadapan ternyata Tuan Mirwan nampak begitu menggiurkan sambil mengenakan celana jeans biru sendat dan kemeja putih yang tidak dibutangkan sepenuhnya. Terserlah otot-otot kekar yang menonjol di bahagian dadanya yang bidang dan perutnya yang membentuk keadaan 6-pack itu. Alisa menggeleng kepala. Tak mungkin dia terpikat dengan keindahan tubuh lelaki ini. Dia menyelak satu demi satu muka surat, membelek wajah lelaki yang baru dikenalinya tadi. Aish, boleh goyang iman dibuatnya nih, getusnya dalam hati.
Dia kembali meletakkan majalah tadi ke dalam cabinet. Aku akan ajar jantan tu biar dia tahu langit tu tinggi atau rendah. Alisa enggan kalah dengan lelaki seperti itu dan tidak mungkin dia akan melupakan perbuatannya tadi dengan begitu mudah. Lelaki seperti itu sepatutnya diajar cukup-cukup!


Mirwan mundar-mandir di dalam pejabat mewah miliknya itu. Fikirannya menerawang entah ke mana. Empayar Astrid Esplanage miliknya itu tersergam indah di kota Kuala Lumpur dan menjadi salah satu bangunan ikonik di pusat bandar tersebut. Dia kembali duduk di kerusinya sambil merenung skrin komputer namun hatinya masih tak tenteram. Wajah jelita Alisa seringkali menghantui ruang fikirannya. Kalut dan kusut. Dia mahu mengenali wanita tersebut dengan lebih mendalam. Selalunya keanyakan wanita akan cair dengannya, malangnya ini tidak berlaku pada Alisa. Dia tentunya seorang wanita yang istimewa.
"Irene, sila masuk sebentar dan bawakan dokumen yang saya minta?" pinta Mirwan pada setiausaha merangkap teman baiknya itu.
Beberapa minit kemudian, seorang wanita Cina yang kurus memakai tudung masuk sambil tersenyum pada Mirwan. Wanita mualaf itu berjalan ke arahnya dan duduk bertentangan sambil menghulurkan sebuah fail. “Ini yang awak minta tadi?”
Mirwan menjeling ke arah Irene, “Awak kan terer bab merisik nih. Bagaimana keadaan Rona Impian? Kalau pelaburan kita tak masyuk, saya akan kerugian nanti!” Mirwan meletakkan fail itu semula di atas mejanya.
Irene bersandar sambil berpeluk tubuh, “Pelik lah kau nih Mirwan, kenapa tiba-tiba kau berminat sangat dengan Rona Impian? Dulu kau sikit pun tak kisah kan?”
Mirwan bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah jendela sambil merenung pada menara KLCC, “Wanita idaman saya ada di situ. Tapi agak sukar nak mendekati dia. Aku dah tersilap langkah semalam.”
"Dah agak," Irene ketawa kecil. Sambungnya lagi, "Hai takkan usahawan alias ustaz macam kau nih pun kene reject? Aku tak percaya! Dah lah kacak, kaya dan soleh pulak tu!"
"Bukan soleh hak tuih?" usik Mirwan.
Irene bingkas bangun sambil mencebik bibir, “Isk, orang cakap betul-betul dia main-main pulak!”
"Alah, Irene janganlah merajuk. Eh, tapi tolonglah tengok-tengokkan data pasal wanita ni. Nama dia Saidatul Alisa. Urgent tahu?" pinta Mirwan dengan wajahnya yang berkerut meminta simpati.
Irene menunjukkan lubang hidungnya pada Mirwan sambil berlari ke arah pintu, “Yelah desperate sangatlah tu kan?”
Sejenak kemudian, telefon pintarnya berdering. “Siapa pulak nih? Kacau saja!” Dengan acuh tak acuh, dia membuka mesej yang diterima. Terdetik meluatnya di hati bila terpandang mesej bekas kekasih yang dah 10 tahun menghilangkan diri. Bekas kekasih konon, bukannya ada apa-apa pun antara mereka. Perempuan itu sahaja yang berlebih-lebih, tapi kalau tidak dilayan memang tidak menjadi kan? Mirwan bukanlah jenis yang gemar melayan godaan wanita namun sejak akhir-akhir ini semakin kerap pula wanita ini mengganggu kehidupannya. Bukan kehendaknya tetapi kalau dibandingkan dengan perangainya yang dahulu, mungkin dia akan lebih melayani perempuan itu.
Dia mematikan telefon tersebut dan kembali duduk di kerusinya sambil bersandar mengadap jendelanya. Pemandangan yang dipamerkan cukup melahirkan suatu perasaan yang tenang tatkala matahari mulai terbenam di ufuk barat. Mungkin ada pertemuan buat mereka untuk kali kedua, sia tahu? Jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan? Siapa yang berhak mengubahnya? Andainya ditakdirkan jodohnya sememangnya pada Alisa, mungkin dia perlu bersiap sedia untuk menangani masalah keras kepala dan perangai panas baran perempuan itu.
Telefonnya terus bordering. Mirwan naik berang lalu mengangkat panggilan tersebut, “Ya apa yang awak nak?”
“I miss you sayang,” rayu suara wanita di hujung talian.
Mirwan hanya meencebik bibir lalu membalas, “It is over between us okay?”
Wanita di hujung talian enggan berganjak, “Kenapa ni sayang? Dulu kita okey sahaja.”
“Itu dulu tapi sekarang kita dah tiada apa-apa hubungan.”
Wanita itu membentak, “You tak boleh buat I macam ni!”
Mirwan tersenyum lalu tertawa, “Guess what? I can so goodbye!”
Mirwan menggeleng kepala. Ada juga wanita macam tu zaman millennia ini? Jika daulu sememangnya dia gemar bila ramai wanita yang terhegeh-hegeh dengannya tapi sekarang segalanya sudah berubah. Dia bukan lagi Mirwan yang dahulu, kaki perempuan dan penggemar maksiat.

No comments: