Saturday, September 26, 2015

Novel "Hanya Dirimu Seadanya" - Bab 5



Sambil-sambil  tengok siaran K Pop kita sambung pula chapter seterusnya. Maklumlah idea sedang melimpah sekarang ni. Alhamdulillah Ya Allah!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arman gelisah menantikan tetamu yang bakal tiba untuk sesi temuduga pertama syarikat ini. Mengenakan suit hitam putih dan rambutnya disisir rapi, kekacakan Arman tidak dapat disangkal lagi. Berdarah kacukan Melayu, Korea dan Amerika Syarikat, dia memiliki ciri-ciri ketrampilan jejaka –jejaka dari golongan Caucasian . Memiliki susuk tubuh yang tinggi lampai, berotot sasa dan berkulit putih, ramai wanita di sini yang menggelarnya “Oppa” kerana terpengaruh dengan panggilan jejaka-jejaka dari Korea. Stail dan penampilan Arman pun tidak kalah seperti trend K-Pop dengan rambutnya yang perang keemasan berselang seli dengan jalur berwarna perak. Berumur di hujung 20-an dan telah berjaya membina empayar perniagaannya sendiri, ramai jejaka di luar yang mencemburui apa yang dimilikinya sekarang; kekacakannya, kuasa dan wang.
Dia berulang-alik dari satu sudut ke satu sudut. Gementar sungguh hatinya menantikan wanita yang bakal menjalani temuduga bersamanya seketika nanti. Dia begitu teruja untuk mengetahui bagaimanakah paras rupa wanita yang bakal menjadi PA peribadinya nanti. Di hatinya telah bersarang pelbagai pelan nakal untuk memiliki wanita tersebut, menggodanya sehingga ke ranjang. Dia juga memikirkan kemungkinan yang bakal di hadapi jika wanita yang ditunggunya ini seorang yang kurang jelita dan menjengkelkan. Namun dia akan bersiap –sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan. Dia kembali duduk di kerusinya sambil membuka komputer ribanya sebelum memilih salah satu daripada fail-fail yang telah sedia terletak di atas mejanya itu. Dia terpandang satu nama yang cukup unik tertera di atas fail itu.
“Aura Melissa!”

Melissa masuk ke dalam lif dengan berhati-hati sambil hatinya berdegup kencang. Kali pertama datang temuduga, memang pelbagai perasaan yang bercampur baur akan timbul. Secara tiba-tiba dia terasa seakan mahu membatalkan sahaja pertemuan ini, kerana hatinya kucar-kacir semenjak dia masuk sahaja ke dalam lif itu. Melissa kau boleh lakukannya. Percaya pada diri kau. Dia meyakinkan dirinya sendiri sambil menarik nafas dan menghembusnya kembali.  Dia mesti cuba untuk melakukan yang terbaik dan memberikan impresi yang bagus agar dia dapat pelbagai lagi peluang pekerjaan yang lebih baik. Dia mahu mempunyai karier dan masa depan yang cukup cerah untuk membantu keluarganya.
Sebaik sahaja tiba di tingkat 25, pintu lif itu terbuka secara automatik lalu mengejutkan Melissa dari lamunan. Dia melangkah keluar dengan cukup berhati-hati sambil melemparkan senyuman dengan penuh yakin pada pekerja-pekerja di situ. Dia pun tiba di meja seorang setiausaha kanan syarikat tersebut. Seorang wanita berkulit agak gelap dan berambut panjang merah menuju ke arahnya dengan penuh mesra.
“Selamat datang ke Beyond Reveal. Boleh saya bantu cik?”
Melissa teragak-agak untuk seketika sebelum dia berkata, “Saya ada temuduga dengan pemilik syarikat ini. Tapi saya tak tahu nama dia.”
Wanita itu memperkenalkan dirinya, “Saya Karisa Putri, setiausaha kanan En. Roy Kim yang cik nak jumpa tu.”
Melissa tersenyum lebar. Lega sungguh rasa di hatinya, “Boleh saya jumpa dia?”
“Bukanlah tak boleh tapi boleh cik tunggu sebentar? Saya beritahu En. Roy dulu ye? Boleh saya tahu nama cik?” Karisa memeriksa resume milik Melissa sambil mencatat sesuatu.
Melissa menghulurkan tangan, “Aura Melissa, nice to meet you.”
“You too. Saya masuk dulu untuk inform bos ye. Cik sila duduk dahulu. Mahu apa-apa minuman?”
Melissa tersenyum, “Saya okey. Tak perlu apa-apa.”
Karisa berpaling meninggalkan Melissa menuju ke hujung koridor lalu hilang dari pandangan. Melissa tertarik dengan pemandangan pejabat ini. Sungguh luas mata memandang dan keunikan senibinanya juga cukup menawan perasaan Melissa yang sememangnya meminati seni fotografi. Dia tersenyum sendiri sambil memikirkan nama bakal bosnya itu. Roy Kim. Tak mungkinlah bosnya itu orang Korea. Oppa Kim. Secara tibatiba hatinya terasa tercuit dengan nama itu. Kemungkinan bosnya itu seperti bos Korea yang lain; perut buncit, tua dan membosankan. Janji jangan orang tua gatal. Pantang betul dia kalau dapat bos jenis yang begitu.
Seketika sahaja dia mendapati Karisa meluru keluar dari bilik yang paling hujung sambil melemparkan senyuman. Karisa memanggil Melissa sambil berkata, “En. Roy sememangnya menanti kehadiran awak. Mari ikut saya.”
Melissa bangun dari sofa itu lalu berjalan mengikuti Karisa dari belakang. Sebaik sahaja sampai di muka pintu bosnya itu, Karisa mengetuk pintu sambil memperkenalkan tetamu bosnya itu.
“Tuan Kim, ini saya perkenalkan calon temuduga pertama untuk jawatan pembantu peribadi itu. Aura Melissa.”
Sebaik sahaja Melissa melangkah masuk sambil memberikan salam pada lelaki yang sedang duduk mengadap jebdela itu, dia terkaku sebentar. Dia membaca tag nama yang terpapar di meja lelaki itu. Dato. Arman Alfian Kim Benjamin B Radzwill. Kenapa nama itu seperti familiar sahaja pada dirinya. Seperti dia pernah mendengar nama ini sebelum ini. Adakah mungkin? Hatinya berdegup kencang tiba-tiba. Dia berdiri kaku di hadapan meja lelaki tersebut sebaik sahaja Karisa diminta meninggalkan bilik itu.
Lelaki itu secara tiba-tiba berpaling dengan senyuman. Namun sebaik sahaja dia melihat susuk wanita yang berada di hadapannya itu, senyumannya bertukar menjadi sinis seperti mengejek. Melissa akhirnya pasti inilah lelaki yang bertembung dan bertengkar dengannya tempohari di tepi jalan. Muka Melissa bertukar pucat dan seakan tidak bermaya. Lelaki itu bangun dari kerusinya sambil berdiri sambil menyeluk saku seluarnya. Begitu bergaya sekali lelaki ini. Lihat sahaja sut serba hitam yang dipadankan bersama kemeja linen berwarna putih sambil kacamata Ray Ban hitamnya itu menyerlahkan lagi ketampanannya. Setiap kali menatap wajah lelaki ini, hati Melissa meluap-luap dan pipinya rasa terbakar. Dia sememangnya tidak menyangka begini jadinya. Lelaki ini kelihatan berganda-ganda kali lebih kacak bila berhadapan degannya. Mata lelaki itu merenungnya tajam dan Melissa berasakan seolah-olah dia boleh berenang dalam kejernihan yang terpancar dari mata lelaki itu.
Lelaki itu menghulurkan tangan, “Saya Dato. Arman Alfian Kim Benjamin. Pemilik syarikat ini an beberapa perusahaan lain lagi. Sila duduk.”
Terserlah benar karisma Arman ketika mengendalikan temuduga. Melissa takut juga sekiranya lelaki itu membalas dendam terhadapnya dengan menghalaunya keluar dari pejabat beliau namun dia tetap bersikap professional.
“Maafkan saya pasal tempohari. Saya tak bermaksud untuk....” Melissa tergagap-gagap memulakan bicara.
Namun Arman tetap bersikap bersahaja sambil mengangkat tangan memberi isyarat, “Sorry, it’s all in the past. Sekarang ini temuduga dan tak berkaitan langsung dengan apa yang berlaku tempohari.”
Melissa terdiam seketika. Betul juga apa yang dikatakan oleh Arman itu. Nampaknya lelaki ini benar-benar profesional dalam menangani masalah peribadinya.
“Daripada resume awak ini saya dapat lihat yang awak mempunyai pendidikan bertaraf antarabangsa. Awak kelulusan Harvard bukan?”
“Ya, benar,” balas Melissa dengan perlahan. Matanya langsung tidak dialihkan.
Arman mencatat sesuatu pada fail Melissa itu, “Jadi mengapa seorang lulusan perniagaan mahu bekerja sebagai pembantu peribadi? Saya berasakan ini amat janggal sekali.” Mata Arman sesekali bertentang dengan pandangan Melissa. Sekali lagi Melissa tertunduk malu.
“Saya berminat untuk menimba pengalaman dahulu. Lagipun di samping menjadi pembantu peribadi, saya boleh berguru dengan tuan berkenaan selok-belok perniagaan,” balas Melissa dengan serius.
Arman membalas dengan selamba, “Adakah awak jenis yang cepat belajar? Saya seorang yang sangat sibuk dan tiada masa untuk mengajar sesuatu dengan perlahan-lahan.”
Melissa mengangguk sambil melemparkan senyuman paksa, “Ya, tuan.”
Arman memerhatikan Melissa dengan penuh minat namun dia menganggap cara berpakaian Melissa yang amat kolot itu tidak sesuai dengan budaya korporat di pejabatnya. Lagipun dia berminat dengan wanita sofistikated yang seksi kerana dia amat gemar memerhatikan pinggul, betis dan lurah dada mereka. Dia menggeleng kepala lalu kembali memandang resume Melissa.
“Ada apa-apa lagi yang awak mahu beritahu saya mengenai diri awak?” Arman menawarkan Melissa untuk memberikan penjelasan.
Melissa terdiam, “Saya boleh katakan hanya mengenai bakat saya dan kebolehan saya dalam melaksanakan tugas. Tuan tidak akan bertemu dengan pekerja yang lebih rajin dan berdedikasi seperti saya. Saya amat menepati waktu dan result-driven. Saya akan memastikan jadual tuan tersusun dan segala tugasan-tugasan lain diselesaikan pada masa yang ditetapkan.”
Arman tersengih sambil berkata, “Baiklah, cukup untuk setakat ini. Beralih pada hal lebih peribadi.”
Melissa tergamam, “Maksud tuan?”
“Saya memerlukan pembantu peribadi saya 24/7 bersama saya setiap waktu. Jadi saya ingin memastikan bahawa PA saya ini boleh diharap dan tidak mempunyai sebarang masalah peribadi.”
“Saya kurang faham, tuan. Boleh jelaskan?”
Arman bangun lalu menghampiri Melissa, “Adakah awak sudah punyai teman lelaki atau tunang?”
Melissa tunduk, “Tiada tuan.”
“Exciting. Jadi kamu akan punya banyak masa untuk membantu saya dan untuk berada di samping saya.”
Arman kembali duduk di tempatnya sambil menutup fail milik Melissa, “Baiklah. Setakat ini saya sesi kita untuk hari ini. Saya akan inform awak personally jika awak terpilih untuk jawatan ini nanti.”
Melissa mengangkat wajahnya sambil matanya berpinar, “Itu sahaja kah?”
“Yup, our session is over. Thank you for your time, Ms. Khairie,” balas Arman dengan selamba.
Melissa bangun dari kerusinya lalu menuju ke arah pintu. Namun dia mendapati Arman mengekorinya dari belakang. Sebaik sahaja tangannya mengapai sedaun pintu, Arman menyapanya lembut dari belakang, “Ambillah balik telefon awak ini. Saya rasa saya tidak memerlukannya lagi.”
Melissa membuka matanya lebar-lebar, “Maksud tuan?”
Arman berbisik pada telinga Melissa, “I’ll prefer another mode of payment. Later.”
Dengan pantas Melissa meloloskan dirinya dari Arman lalu bergerak menuju ke kaunter milik Karisa tadi. Rasa sesak juga nafasnya apabila dihampiri oleh Arman tadi. Bau minyak wanginya begitu kuat sekali aura kejantanannya. Ketika dia menghimpit dirinya tadi, Melissa dapat merasakan hangatnya susuk tubuh lelaki itu yang kerapkali menjadi igauannya. Kalau dia jenis yang lemah, begitu sahaja mudahnya Arman akan dapat menawannya.

Arman tersenyum puas melihat riak wajah Melissa tadi. Kenaifan wanita itu begitu mengganggu jiwanya. Lelaki selalunya inginkan sesuatu yang sukar didapati dan secara terangnya, Melissa adalah orangnya. Dia tidak pernah bertemu wanita yang bulat-bulat menolaknya dan dia menganggap ini suatu cabaran baginya. Dia akan membuatkan hidup wanita itu lebih sukar dari sekarang. Akal fikirannya ligat memikirkan cara untuk mengenakan wanita itu yang telah mencalarkan egonya selama ini. Melissa akan tahu nasibnya kerana mencari masalah dengan Arman. Dia akan memastikan 3 bulan tempoh percubaan di syarikatnya ini sebagai suatu neraka dunia pada Melissa.
Arman mendail nombor telefon lalu mengangkat gagangnya sebelum berkata, “Hello?”
“Boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana?” balas suara wanita di telefon itu. Suara itu seakan-akan ragu-ragu untuk meneruskan perbualan.

“Awak terpilih dalam temuduga kali ini. Sila lapor diri pada Karisa pada hari Rabu nanti,” kata Arman dengan bersahaja. Dia telah pun memutuskan untuk memilih Melissa sebagai pembantu peribadinya. Dia tekad untuk meneruskan rancangan nakalnya pada Melissa. Selagi dendamnya tidak terbalas, Arman tidak akan berpuas hati. Perlahan-lahan dia akan mencairkan dinding keegoan wanita itu dan dia akan membuatkan wanita itu menyesal dia pernah bertemu dengan dirinya.

No comments: