Saturday, November 7, 2015

Novel "Terbaik Bagimu" - Bab 6



Minta maaf banyak-banyak kerana delay update blog. Saya berharap sangat korang masih setia dengan blog saya ni. Okay kita belanja korang bab baru "Terbaik Bagimu" okay?


Malam pertama perkahwinan mereka akhirnya tiba. Di malam penuh kesyahduan dan romantis itu, kedua mempelai itu duduk di atas katil kelamin mereka sambil memandang arah yang berlainan. Masih berpakaian pengantin, mereka menghabiskan malam itu dengan menonton televisyen di dalam bilik. Suara televisyen dikuatkan agar keluarga mereka tidak perasaan bahawa tiada apa-apa berlaku antara mereka malam itu,
“Awak tukarlah channel 9, saya nak tengok “Cinta Jannah”,” rungut Alisa.
Mirwan tertawa sambil menukar siaran, “Awak tunggulah saya nak tengok sukan sekejap.”
Alisa merampas remote kawalan lalu menukar, “Padan muka! Biar saya tengok seorang.”
Mirwan bingkas berdiri lalu menghadang pandangan isterinya. Hati Alisa semakin panas. Nasib baik suaminya ini kacak kalau tidak sudah lama penendangnya hinggap. Geram sahaja dia memerhatikan gelagat Mirwan yang kerapkali mengusiknya.
Mirwan mengalah lalu berjalan menuju ke rak buku, “Awak tengoklah cerita awak. Wah, banyaknya novel! Awak ni kaki buku ke?”
Alisa hanya mengangguk. Matanya tidak pernah sekali pun beralih dari skrin televisyen. Mirwan mengambil sebuah buku dari rak tersebut lalu membelek. Dia tidak pernah melihat wanita yang terlalu banyak koleksi buku di dalam biliknya. Setahunya, kebanyakan wanita hanya tahu membeli-belah atau paling teruk pun mengumpul koleksi kasut. Benarlah Alisa bukan seperti wanita yang lain yang pernah dikenalinya. Hatinya tercuit melihat tajuk novel tersebut yang bagi dirinya agak kelakar vdan tidak masuk akal. Memandangkan dirinya yang lebih cenderung kea rah penulisan sastera Inggeris, tajuk novel karangan dari orang Melayu sememang berbunyi agak janggak di bibirnya. Terdengar sang suami tertawa kecil, si isteri bingkas bangun.
Alisa bertanya sambil bercekak pinggang, “Apa yang kelakar sangat dengan buku tu?”
Mirwan menggelengkan kepala, “Playboy Itu Suami Aku, ada juga tajuk buku macam ini?”
“Awak apa tahu. Bukannya awak pernah membaca pun,” Alisa membalas dengan nada mengejek.
“Saya baca novel inggeris, sayang,” jawab Mirwan dengan manja. Sayang, gelinya Alisa bila terdengar perkataan tersebut. Siapa yang sayang siapa ni? Perasan betul suami dia ini! Mirwan meletakkan buku itu di tempatnya semula sambil memerhatikan keliling kamar tersebut. Alisa hanya memerhatikan sahaja gelagat suaminya yang gelisah mencari sesuatu ketika itu. Matanya ternampak sebuah papan catur using lalu mengambilnya dari sebuah rak barang-barang lama. Dia tertarik dengan permainan yang memerlukan kecerdasan minda seperti catur dan dam. Semoga isterinya dapat dipikat melalui permainan seperti ini. Sambil mengesat debu-debu yang masih melekat padanya, Mirwan kembali mendapatkan isterinya.
“Mahu lawan catur dengan abang?” tanya Mirwan pada Alisa.
Alisa tertawa mendengar cabaran itu, “Kalau kalah awak kena tidur luar, boleh?”
Mirwan mengangkat tangan tanda setuju, “Baiklah, tapi kalau you yang kalah?”
Alisa merenung mata Mirwan dengan tajam, “I won’t loose to you.”
Mirwan tersenyum sambil menjawab, “Well, we’ll see about that!”
Pertarungan catur itu berlangsung selama 2 jam dan Alisa memang pantang mengalah. Kalau nak kalah biar lawan sampai mati. Mirwan dengan mudahnya mengalahkan isterinya itu dengan kepantasan akalnya berfikir. Benarlah Mirwan ini memang pakar catur dan kerana mindset bisnes miliknya itu dia amat pakar dalam mengatur strategi jadi memang tidak peliklah kalau dia boleh mengalahkan orang lain dengan begitu mudah. Memang minda penipu, fikir Alisa. Saat-saat sewaktu Mirwan menewaskan Alisa dengan “checkmate” terakhir malam itu benar-benar menguji kesabaran Alisa. Alisa menolak papan catur itu hingga jatuh berselerakan di atas lantai. Akhirnya Alisa mengaku kalah lalu bangun dari katil menuju ke almari pakaian.
“Awak boleh pandang tempat lain tak?” pinta Alisa secara tiba-tiba.
Mirwan termenung seketika, “Kenapa pulak? Apa awak nak buat?”
Alisa merungut lagi, “Saya nak salin baju lah. Awak pandanglah tempat lain, Awak mengintai saya nanti siap awak!”
Mirwan memandang ke tempat lain sambil menutup mata dengan tangannya sehingga selesai Alisa menukar pakaian. Pakaian pengantin tadi sudah ditukar kepada pakaian tidur sutera yang cukup seksi. Malangnya Alisa tidak berminat untuk melayannya maka terpaksalah Mirwan mematikan niatnya untuk menggoda isterinya. Setelah Alisa kembali berbaring di atas katil sambil membetulkan cadarnya, Mirwan pula bangkit lalu mula menanggalkan songkok dan blazer yang dipakainya. Alisa semakin cemas bila Mirwan mula menanggalkan butang kemejanya satu persatu sambil berpaling ke arahnya.
“Isk, apa awak buat ni? Pandanglah tempat lain. Tak malulah awak ni!” rungut Alisa.
Mirwan tersengeh sambil menanggalkan butang kemejanya hingga selesai, “Kenapa saya nak malu? Bukan ada siapa-siapa pun. Cuma isteri saya saja.”
Setelah Mirwan menyelak kemejanya ke bahu maka terserlahlah aset lelaki tersebut yang digilai ramai wanita di luar sana. Susuk tubuhnya yang tegap, sasa lagi kekar itu tampak menarik bila disimbahi cahaya suram malam. Mata Alisa dengan tidak sengaja mengamati keindahan tubuh suaminya itu. Bahunya yang berotot itu dipadankan dengan dadanya yang bidang lalu disambungkan dengan perutnya yang berbentuk 6-pack itu, Alisa terasa seperti sedang menelan air liurnya sendiri. Mirwan menuju ke kamar mandi untuk menyalin kesemua pakaiannya lalu kembali semula ke katil dengan seluar jeans biru dan singlet putih yang menampakkan susuk tubuhnya yang seksi itu.
“Kenapa awak duduk dekat saya? Awak kena tidur dekat bawah!” Alisa memarahinya sambil menolaknya hingga jatuh dari katil.
Mirwan bingkas bangun menyapu punggungnya, “Eh, zalimnya awak nih!”
Alisa hanya menjeling, “Awak ingat awak boleh buat macam-macam dengan saya? Sorry okey!”
Sambil menepuk bantal yang diambilnya dari katil, Mirwan berbaring sambil meletakkan tangan ke atas kepala, “Apalah nasib aku…” Isterinya bersedap-sedap dengan tilam empuknya manakala Mirwan terpaksa akur kehendak isterinya dan tidur sahaja di atas lantai yang sejuk dan keras itu dengan hanya beralaskan tilam nipis. Sambil merenung kelibat isterinya yang sedang asyik dibuai mimpi itu, dia kembali tersenyum. Baginya, sudah lumrah dunia ada kepahitan di sepanjang perjalanan.


Keesokan harinya, mereka berdua terpaksa berangkat ke Pulau Perhentian untuk melangsungkan bulan madu mereka di sana yang dijangkakan selama tiga hari. Alisa dengan kelatnya enggan menurut serta sehinggalah keadaan benar-benar memaksa mereka. Alisa memang tidak sampai hati mahu melukakan hati keluarga Mirwan namun hati yang enggan tidak boleh dipaksa. Memandangkan Mirwan ini cukup pandai mengambil hati Alisa, akhirnya dia terpaksa akur dengan kehendak suaminya yang ingin melangsungkan bulan madu di sana. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia turun daripada kereta dan membiarkan suaminya ke sana seorang diri.
Setelah selesai bersalaman dengan ahli keluarga, mereka berdua menaiki kereta Ferrari merah milik Mirwan sambil menuju ke hentian feri yang menuju ke Pulau Perhentian. Mirwan menggenggam erat jari jemari isterinya sambil memimpinnya naik ke dalam bot yang membawa mereka ke pulau tersebut. Alisa tersenyum sepanjang pengembaraan mereka ke sana dan Mirwan merasakan mereka mempunyai peluang yang amat cerah untuk berbaik-baik di sana. Sungguh indah permai pemandangan sekitar bak saujana mata memandang. Perasaan tenang seringkali menyelubungi Alisa setiap kali bayu laut bertiup sepoi-sepoi bahasa mengenai pipinya.
“Awak suka keadaan di sini?” Mirwan bertanya sebaik sahaja merapati isterinya.
Alisa menjeling sambil tersenyum, “Gilalah kalau tak suka. Indah sangat.”
Mirwan menggaru kepala yang tidak gatal, “Saya dah tempahkan chalet paling mewah untuk kita berdua sahaja. Agar tiada orang lain yang datang mengganggu.”
“Awak jangan cuba menggatal dengan saya dekat sana. Kalau tidak siap awak nanti,” Alisa dengan ringkas memberi amaran kepada suaminya agar menjaga tingkah laku. Mirwan mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah dan setuju.
Mirwan kembali ke tempat duduk asalnya, “Apa sahaja untuk awak. Janji awak tak melarikan diri.”
Alisa mencubit lengan Mirwan, “Awak ingat saya ni pencuri ke nak melarikan diri? Kalau setakat awak tu, apa yang mahu ditakutkan sangat.”
Akhirnya mereka pun tiba di pelabuhan kapal-kapal kecil yang mana terdapat banyak kapal-kapal dan bot-bot yang sedang berlabuh. Mereka naik ke jeti dan Mirwan membantu membawa semua bagasi-bagasi yang berat dan Alisa pula hanya membawa beg-beg yang ringan sahaja. Mereka dibawa oleh pemandu pelancong ke chalet tempat mereka bakal menginap yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Menaiki kereta mewah ke hotel terasa amat biasa bagi Mirwan namun tidak bagi Alisa. Dia kelihatan begitu riang dan gembira menyaksikan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan ke chalet mereka itu. Mirwan hanya tersenyum memerhatikan gelagat isterinya itu lalu bersandar sambil merehatkan mindanya. Perjalanan ke chalet di mana mereka bakal menginap itu mengambil masa lebih kurang 20 minit sebelum mereka akhirnya tiba di perkarangan resort tersebut.
“Wah, hebatnya tempat ni. Barulah dapat menenangkan fikiran yang terlampau stress sekarang ini,” kata Alisa dengan sinis sambil menjeling ke arah Mirwan yang sedang memeriksa bagasi mereka.
Mirwan menanggalkan cermin mata hitamnya, “Awak fikir stress awak saja, habis saya ni tak stress dengan perangai awak?”
Alisa mencubit lengan suaminya, “Mengada betul awak ni. Sudah saya mahu cepat masuk ke bilik. Kita dah terlampau lama dalam bot letih punggung saya ni.”
“Sabarlah dulu, bagi abang selesaikan hal check-in kita ni dulu,” Mirwan bergerak terus menuju ke meja pendaftaran sambil mengeluarkan kad pengenalan dan kad kredit platinumnya. Alisa hanya berpeluk tubuh sambil memerhatikan suaminya berbual mesra dengan penyambut tetamu yang turut menguruskan hal pendaftaran mereka itu. Hatinya bertambah meluat hendak menatap wajah suaminya. Memanglah tahu dia tu kacak namun tidak perlulah melayan semua perempuan yang lalu dekat sini.
Mirwan kembali setelah selesai urusan pendaftaran lalu mengambil bagasi tersebut sambil mengajak isterinya untuk mengikutnya, “Okey, mari kita masuk ke suite kita.”
Alisa hanya menjeling marah sambil menolak tangan Mirwan ke tepi, “Saya tahu mana nak pergi. Awak tak perlu nak tunjuk baik nak pimpin kita konon.”
Aduh, sabar sahajalah dengan perangai Alisa yang serba tidak kena ini. Mirwan mengikutinya dari belakang sambil menggeleng kepala. Dia boleh membayangkan bagaimana bulan madu mereka ini akan berjalan. Setibanya di dalam bilik, Alisa merebahkan diri ke atas katil sambil mendepakan tangan. Dia menghirup udara segar yang sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa di situ. Aroma laut begitu kuat rasanya setelah dia membuka tingkap biliknya. Mirwan meletakkan semua beg-beg mereka ke bawah sambil duduk di sofa yang terletak bersebelahan. Sambil memerhatikan keadaan sekeliling, Mirwan tersenyum bangga akhirnya dia dapat juga merasai keindahan suasana bulan madu bersama seorang wanita bergelar isteri. Lantaklah kalau dia tidak suka, janji dia telah memberikan dia yang terbaik.
“Awak nampak letih, baringlah dulu,” kata Alisa sambil bergerak menuju ke ruang tamu suite tersebut.
Mirwan menggeleng kepala dan tersenyum, “Abang okey sahaja, sayang sajalah berehat.”
Alisa kembali semula ke dalam bilik mereka, “Apa kata kita bersiar-siar dulu sekejap lagi? Saya nak juga tengok apa benda-benda menarik yang kita boleh bawa balik nanti.”
Seolah-olah gugur jantung Mirwan tika dia menatap senyuman pertama dari Alisa. Sememangnya dia begitu cantik umpama bidadari dari syurga. Memang tidak pantas untuk dirinya yang penuh dengan kekurangan itu. Kadangkala dia seakan tidak percaya bahawa dia telah memperisterikan seorang yang begitu suci seperti Alisa. Ramai yang mengatakan mereka memang padan seperti pinang dibelah dua namun dia tidak pernah merasakan begitu. Dia tahu dia punyai begitu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki untuk membahagiakan wanita secantik dan sehebat Alisa. Alisa duduk di sebelah Mirwan sambil tersenyum dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya, “Terima kasih banyak-banyak atas hadiah ini.”


Malam itu mereka dijemput untuk menghadiri sebuah pesta keramaian formal di sekitar perairan tersebut. Alisa memilih gaun malam hitam yang ditutupi oleh selendang sutera kelabu dilengkapi ukiran permata. Mirwan pula mengenakan suit malam yang dilengkapi blazer hitam dan kemeja sutera putih dan tali leher hitam. Mereka berpegangan tangan sambil berjalan menuju ke meja mereka. Mereka disambut mesra oleh hos pesta tersebut yang hanya dikenali sebagai Madam Jane. Madam Jane adalah wanita elegan berumur 40-an yang agak bergaya dengan gaun merahnya yang dilengkapi dengan jaket bulu biri-biri. Mekap tebalnya menunjukkan wajah beliau yang tidak dimamah usia, Dia kelihatan begitu mesra bersalaman dengan Mirwan dan sedikit menimbulkan rasa kurang senang pada Alisa.
“Encik Mirwan, awak kelihatan amat kacak malam ini,” tegur Madam Jane selamba.
Mirwan hanya mengangguk sambil tunduk malu, “Biasa sajalah, Jane. You sekarang tinggal dekat Perhentian ke? Padan pun kulit you sunburn.”
Madam Jane mencubit manja lengan Mirwan, “You ni memang nakal dengan mama ni.”
Alisa menjeling mereka dengan sinis sambil menarik lengan Mirwan, “Boleh saya bincang dengan awak sekejap, in private?”
Mirwan meminta diri lalu membawa Alisa untuk duduk di meja mereka sambil memerhatikan pemandangan malam yang begitu indah, “Okey sayang, what’s in your mind?”
Alisa dengan geram memandang ke arah lain, “I tak suka cara you layan perempuan.”
“Apa maksud you? I rasa layanan I sama saja pada semua,” tegas Mirwan lagi.
Alisa berpeluk tubuh sambil mencebik bibir, “I rasa you terlalu memanjakan wanita di sekeliling you. Betullah, memang dasar buaya darat you ni kan?”
Mirwan merenung mata isterinya, “Sayang, jangan tuduh abang sembarangan boleh tak? Boleh tak kalau awak cuba memahami keadaan sekarang? Saya seorang ahli korporat jadi kita perlu bermanis muka dan berborak dengan pelbagai orang. Walaupun lelaki mahupun wanita, layanan abang tetap sama.”
Alisa mengangkat tangan tanda mengalah, “Baik, fine then. So let just enjoy the night.”
Mirwan membalas, “I agreed, so let’s enjoy the entertainment tonight.”
Selang beberapa minit kemudian kelihatan lampu sorot di majlis itu mula bergerak lalu menyuluh jelas Mirwan yang sedang berborak dengan isterinya. Lalu terdengar Madam Jane menhumumkan bahawa persembahan seterusnya adalah sebuah nyanyian istimewa daripada Mirwan. Alisa agak terkejut sakan mendengar nama suaminya disebut untuk naik ke atas pentas mendendangkan lagu. Mirwan kembali memandang isterinya lalu berkata, “Saya lakukan ini istimewa untuk awak.” Kemudian dia terus bangun lalu menuju ke pentas sambil berdiri di hadapan khalayak ramai. Pemuzik di belakangnya memberikan Mirwan sebuah gitar untuk dipetik lalu Mirwan mengumumkan bahawa dia bakal mendendangkan lagu ‘Di Saat Ku Mencintaimu’ nyanyian asal kumpulan Dedali dari Indonesia.
Alisa bingkas bangun lalu bertepuk memandangkan itu sememangnya lagu kegemarannya. Mirwan memerhatikan gelagat isterinya lalu menjadi semakin bersemangat untuk menyanyikan lagu tersebut. Sungguh ternyata kesemua hadirian yang hadir terbuai dengan kesyahduan nyanyian Mirwan hingga mereka dibuai perasaan sendiri. Alisa terasa bangga kerana merasakan bahawa malam itu cukup istimewa buatnya. Walaupun di mulut kata tak suka namun hatinya mula membibitkan rasa keindahan bersama suaminya itu. Ah, untuk mala mini sahaja, lepas ini dia boleh bertindak seperti selalu. Selesai Mirwan mendendangkan lagu, dia menerima tepukan yang sangat gemuruh daripada hadirin. Ramai juga gadis-gadis cun di parti tersebut mula bercerita sesame sendiri sambil menjeling kepada Mirwan.
“Wah, hebat awak atas pentas. Macam dah biasa saja?” usik Alisa berseloroh.
Mirwan menongkat dagu sambil tersenyum, “Apasal pula ni? Hai, takkan awak jeles?”
Alisa berpeluk tubuh sambil menjeling, “Mulalah tu nak perasan. Please my dear, I still tak begitu teruja dengan apa yang you buat.”
“Makin comel pula isteri abang bila marah,” usik Mirwan sambil mengoles wajah Alisa.
Alisa bertukar berang lalu bangun, “Saya nak balik ke suite saya. Malaslah nak layan awak ni. Makin lama makin menjadi. Selamat malam romeo!”
Mirwan tersenyum sambil bersandar pada kerusi memerhati lenggok liuk isterinya yang sedang berlalu meninggalkan meja mereka. Dia kemudiannya didatangi oleh seorang wanita jelita dari parti tersebut yang kemungkinan terpesona dengan persembahan Mirwan tadi. Gadis berambut coklat paras bahu itu memperkenalkan dirinya sebagai Raudhah dan dia tersenyum sambil menghulurkan salam. Mirwan seakan mahu melarikan diri namun kelihatan tidak manis melarikan diri dari tetamu. Dia ingin berkenalan dan Mirwan menerangkan bahawa dia sebenarnya sudah berkahwin dan isterinya sedang berada di dalam suite mereka. Raudhah seperti tidak mahu mengendahkan apa yang diterangkan oleh Mirwan.
“Kita bukan buat apa-apa pun di sini,” balas Raudhah sambil memegang tangan Mirwan.
Mirwan menepis tangan Raudhah, “Berkenalan tak salah namun bukan begini.”
Raudhah memuncungkan bibir, “Awak ni memang jenis sukar untuk didekati ke?”
Mirwan memerhatikan wanita tersebut dari atas ke bawah dan memang dia tiada cacat celanya. Akan tetapi hatinya jelas hanya pada Alisa jadi perkenalan itu tidak boleh dipaksa. Raudhah begitu ayu mengenakan gaun putih labuh dan berselendang putih dan dia lebih kurang sama tinggi dengan isterinya. “Beginilah, kita berkawan sahaja. Saya tidak boleh berikan yang lain.”
Raudhah bersandar pada kerusi, “Untung isteri awak dapat suami soleh seperti awak.”
Mirwan terkejut dengan pujian tersebut, “Apa maksud awak ni?”
“Bukan semua lelaki baik seperti awak. Saya salah seorang mangsa lelaki tak bertanggungjawab yang begitu mudah digoda,” balas Raudhah dengan tenang.
Mirwan menggeleng kepala mendengar luahan Raudhah, “Saya minta maaf kerana itu. Awak wanita yang cantik dan baik. Saya kesal dengan perbuatan lelaki itu terhadap awak.”
Raudhah menghirup airnya, “Awak tak perlu minta maaf.”
Mirwan menghulurkan tisu kepada Raudhah, “Saya berasa serba salah pula sekarang.”

“Perkara kecil sahaja. Maaflah kerana mengganggu awak,” kata Raudhah sebelum bangun meninggalkan Mirwan keseorangan.

No comments: