Friday, September 25, 2015

Novel "Hanya Dirimu Seadanya" - Bab 3



Arman merayap bangun dari katil dalam keadaan hanya dilitupi selimut putih sambil matanya menjamu susuk wanita jelita yang berada bersamanya baru sebentar tadi. Ternyata Arman cukup puas berasmara bersama wanita tadi di ranjang hotel mewah yang ditempahnya petang tadi dan hasilnya amat memuaskan hatinya. Dia melihat sahaja wanita jelita itu menggeliat di atas katil sambil menarik selimut itu untuk menutupi tubuhnya yang tanpa seurat benang pun. Rambut merah ikal mayangnya jatuh mengurai di atas bantal yang baru dihuni oleh Arman baru sebentar tadi. Arman berpaling ke arah cermin solek di hadapannya sambil membetulkan rambut perangnya yang kusut akibat permainan tadi. Tidak sangka Kristina ini agak ganas juga di atas ranjang.
“Sayang, kenapa bangun cepat sangat? I belum habis lagi berpelukan dengan you,” pujuk Kristina sambil beraksi ghairah di atas katil. Arman kembali menghampirinya sambil mengusap pipi mulus wanita itu. Nafsu jantannya bergelora lagi malam ini.
“You nak lagi ke? I thought once is enough for you,” perli Arman ketika Kristina membelai bahunya yang sasa itu.
Sambil mencium leher Arman, Kristina berbisik, “Kita hidupkan malam ini dengan api cinta kita.” Arman tersenyum sinis lalu menarik wanita itu lalu memeluknya erat. Haruman floral milik Kristina cukup merangsang deria kelelakian Arman. Tangan Kristina pula liar meraba seluruh susuk tubuh sasa milik Arman sambil mereka hanyut dibuai nafsu serakah mereka malam itu.
Setelah selesai, Arman bingkas bangun menuju ke kamar mandi lalu memasang air panas. Tubuhnya yang melekit oleh keringat akibat permainannya bersama wanita tadi memerlukannya untuk kembali menyegarkan diri. Dia menyedari Kristina masih lagi sedang asyik dibuai mimpi lalu dia hanya membiarkannya tanpa mengejutkannya sedikit pun.  Setelah selesai, dia pun keluar untuk mendapatkan pakaiannya yang berselerakan di atas lantai.  Kristina telahpun bangun sambil menggeliat manja di atas ranjang dengan senyumannya yang menggoda. Arman membalas senyuman itu dengan sekilas ciuman di pipinya. Dia mula membutangkan semula kemejanya sambil Kristina memerhatikannya dengan perasaan yang serba salah.
“Sayang, tinggallah dengan I dulu hari ini. I miss you sangat, darling,” pujuk Kristina menggoda. Dia hanya menutup dirinya dengan selimut putih itu sahaja.
Arman memberikan pelbagai alasan untuk mengelakkan dirinya daripada wanita itu, “I ada client penting yang I perlu jumpa. Maybe things will work out for us next time. Thanks for a wonderful night, sayang.”
Arman pandai memujuk, namun Kristina tegar tidak mahu melepaskan lelaki itu keluar dari bilik hotel mereka, “Please Arman, lupakan kerja you untuk sementara dan spent sometime with me. You dah lama tak bawa I bersiar-siar keliling kota. We need some private moment together.”
“I’m late for my meeting Kristina. Please, we’ll do it other time, okay?” Arman tergesa-gesa mengambil kot hitam dan beg bimbit miliknya itu lalu bergegas keluar dari bilik hotel tersebut dengan meninggalkan Kristina yang menangis teresak-esak di dalam.
You janji nak bersama dengan I sepanjang hari ini. Tapi you tetap tinggalkan I macam sampah. You dah guna badan I sekarang you buat I macam barang sahaja boleh ditinggalkan di mana-mana. Kristina menyeka airmata yang mengalir membasahi pipinya. Telah banyak yang dia korbankan untuk Arman dan Arman telah beberapa kali menodainya namun dia merelakannya. Namun inilah akibat yang terpaksa ditanggung oleh Kristina setelah menyerahkan segalanya kepada Arman. Dia sedar Arman tidak pernah sesekali akan mencintainya namun dia pasti hanya dengan ketulusan cintanya, mungkin Arman dapat menerimanya dan berubah. Lagipun bagaimana dia boleh melupakan lelaki yang bernama Arman itu; tubuh sasanya sentiasa menjadi igauan naluri kewanitaannya, sikap romantik dan aksinya di atas ranjang cukup membuatkan dirinya asyik dalam dakaran Kasaniva tersebut. Namun sampai bilakah dia mampu bertahan dengan sikap Arman yang cukup kejam itu?

Arman pulang ke rumah agam mewah miliknya. Sebaik sahaja pacuan empat roda keemasan miliknya menjengah perkarangan rumah itu, dia terus berubah menjadi masam. Dia tidak ingin bertemu dengan seorang insan yang berada di dalam rumah tersebut. Ayahnya. Dia amat bencikan ayahnya itu. Ayahnya tidak pernah puas dengan apa yang Arman telah capai dan dia tidak pernah menyenangi apa sahaja perbuatan dan sikap yang ditunjukkannya. Pada ayahnya segala yang Arman lakukan adalah salah. Berdosa. Itu sahaja yang sering ayahnya ucapkan. Lantaklah, getusnya dalam hati. Ayahnya itu kan sudah tua dan mungkin akan nyanyuk tidak lama lagi. Namun ada satu perkara yang masih diperlukan oleh Arman dari ayahnya itu. Wasiat.
Wasiat ayahnya itu amat berharga. Tapi bukanlah dia gilakan sangat harta itu sedangkan dia mampu mendapatkan jauh lebih berganda-ganda dari aset milik ayahnya. Tetapi keegoannya yang menyatakan itu adalah hak miliknya dan ayahnya tiada hak untuk menghalang perkara tersebut. Dia memandang susuk yang baru sahaja keluar dari pintu masuk utama rumah agam tersebut. Ayahnya memandang Arman dengan pandangan yang cukup tajam. Arman keluar dari keretanya lalu berjalan melepasi ayahnya tanpa memberikan salam pun.
“Arman, kenapa dah pagi baru tahu nak pulang? Ke mana kamu selama ini, huh?” Ayahnya meninggikan suara, menegur anaknya.
Arman menumbuk dinding, “Ah, ayah apa nak sibuk? Saya ada kacau ayah ker kalau saya balik lewat? Tolong jangan cuba campur lagi urusan saya!”
Ayahnya berpaling memandang Arman, wajahnya pucat kerana terkejut, “Arman! Jaga mulut tu kalau nak bercakap dengan ayah. Ini orang tua kau, kurang ajar namanya tu!”
“Suka hati ayahlah. Berdosa ker, kurang ajar ker. Man dah tak kisah. Pada ayah apa yang saya buat semuanya salah, kan? Habis tu ayah nak saya bertapa dekat rumah ini bagaikan ulama, yer?”
“Budak ini....” Ayahnya memegang dadanya kerana begitu kecewa dengan sikap anaknya.
Arman mentertawakan ayahnya, “Tengok kan dah sakit jantung. Ayah dah tua jangan marah-marah. Sebelum ayah buat hal, jangan lupa harta pewarisan saya tu tahu. Ayah bukanlah boleh bawa harta tu ke mati pun. Lagi satu, saya harap ayah boleh duduk jauh-jauh sikit bila saya mahu adakan parti malam esok. Baiklah, saya letih ni. Sila jangan ganggu saya, ok?”
Ayahnya menggeleng kepala melihat kelakuan anaknya yang begitu menyimpang dari ajaran agama. Ayahnya sendiri dijadikan seteru. Selama ini Dato Radzwill tidak menyangka sikap isterinya, Safiah yang terlalu memanjakan anak tunggalnya ini telah membuatkannya menjadi seorang lelaki yang cukup kurang ajar, sombong dan kejam.
“Maafkan abang sayang. Abang gagal didik anak kita seperti yang diharapkan,” Radwill menangis sambil memandang potret isterinya yang diganting pada penjuru dinding ruang tamu. Sebak sungguh bila anak lelaki tunggalkan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya. Begitu luluh hatinya menyaksikan perubahan mendadak anak kesayangannya itu.
“Eh, perempuan kau pekak ke?” Terdengar suara Arman menengking seseorang dari jauh. Rupanya dia sedang memarahi orang gajinya yang salah memberikan air minuman padanya. “Aku minta apa tadi, wine kan. Atau kau ni tua dan bodoh. Dah, aku tak mahu tengok muka kau lagi, blah!” Arman kelihatan baru sahaja selesai mandi sambil dirinya hanya dibaluti tuala perang. Otot-otot kekar kelihatan pada susuk tubuhnya yang menggiurkan itu. Kulitnya yang putih bagaikan mat saleh itu cukup menonjolkan otot-otot dada dan perut miliknya. Dia menggeleng kepala sambil mengeluarkan sebatang rokok dari bngkusan rokok Dunhill yang selalu dibelinya. Menggunakan pemetik api dia menyalakan rokok itu sambil bersandar pada pintu biliknya.
Orang gajinya itu seorang wanita tua, memang amat pelupa orangnya. Lagipun sebagai orang islam takkan dia mahu menyentuh minuman keras itu. Dia menggunakan tisu untuk mengalas tangannya yang sedang memegang botol arak itu. Arman menjelingnya dengan tajam sambil orang gaji tersebut menghulurkan minuman itu padanya. Arman merampas botol itu dari tangan orang tua tersebut lalu menuju masuk ke dalam biliknya. Orang tua itu terkebil-kebil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Di dalam bilik itu, Arman membuka jendela sambil menghembuskan asap rokok yang berkepul-kepul keluar dari mulutnya. Dia berasakan dirinya begitu bebas sekarang. Sebaik sahaja dia dapat menghilangkan ayahnya itu dari sini, baru dia akan dapat kebebasan sebenar. Dia memikirkan tentang temuduga yang bakal dikendalikan olehnya Isnin ini. Dia tidak sabar bertemu calon pembantu peribadinya yang cantik jelita nanti.

No comments: