Saturday, September 26, 2015

Novel "Hanya Dirimu Seadanya" - Bab 6



Melissa terkejut dengan panggilan yang baru diterimanya dari Arman. Baru sahaja satu jam dia melangkah keluar dari bilik Arman dan sebaik sahaja dia menuju ke keretanya, keputusan sudah dibuat dengan serta-merta. Hatinya ragu-ragu memikirkan kemungkinan yang lebih teruk dari ini. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun bukankah dia yang benar-benar mahu diterima untuk segera berkhidmat di syarikat tersebut? Melissa masuk ke dalam kereta sambil berfikir. Hatinya kini semakin berdegup kencang sebaik sahaja bertemu kembali bersama Arman. Benar dia tidak pernah menemui lelaki yang sekacak dan setampan Arman walaupun sudah kerapkali berpacaran dengan ramai temanm lelaki. Pada Melissa, Arman ini jauh benar sekali standardnya berbanding dirinya. Dia tidak mungkin mahu kan wanita sekolot dirinya untuk berdiri di sampingnya.
Tadi sebaik sahaja Arman mendekatinya, dia mula merasai tubuhnya melonglai dan seperti dia mahu berserah sahaja untuk diperlakukan oleh Arman semahu hatinya. Sentuhan lelaki itu memberikan getaran elektrik yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Ia seperti suatu pukauan. Ya, mata Arman seperti merasuk dirinya untuk menyerahkan segalanya pada lelaki itu. Bibir Arman juga seperti tidak sabar untuk melumat bibirnya sendiri dan desah nafasnya yang panas itu membangkitkan suatu gelora yang dia sendiri tidak sedar akan muncul secara tiba-tiba. Apa sahaja mengenai Arman adalah suatu godaan yang harus dia jauhi. Dia tahu bahawa dirinya tidak begitu kuat untuk menahan godaan yang mendatang, lebih-lebih lagi nanti bila terpaksa berkerja rapat dengan Arman.
Akhirnya dia sampai di perkarangan rumahnya lalu memberhentikan enjin kereta. Dia keluar dari keretanya dan mendapati ibunya sedang menanti dengan tenang di luar rumah. Melissa tersenyum sambil mendapatkan ibunya.
“Mama, Lis dah dapat tawaran kerja!” Dengan gembiranya Melissa memberitahu ibunya berita gembira itu.
Ibunya tersenyum lalu memeluk erat anak perempuannya itu, “Ibu tahu kamu berbakat. Tahniah sekali lagi dari ibu.”
“Mana ayah,” Mata Melissa meliar memandang sekeliling. Dia pelik kerana rumah kelihatan lengang.
Ibunya menjawab, “Ayah kamu pergi bersama rakannya untuk memancing. Nanti dia baliklah.”
Melissa mengangguk lalu berjalan menuju ke ruang tamu. Dia menaiki tangga dengan longlai untuk menuju ke biliknya. Di hatinya masih lagi bermain perkara yang sama. Bolehkah dia mempercayai tawaran lelaki tersebut? Dia pernah mencalarkan keegoan lelaki itu suatu ketika dulu dan adakah dia benar-benar bersikap profesional dan mahu melupakan masa silamnya? Jika benar, dia menerima tawaran itu dengan hati yang terbuka kerana dia faham benar bahawa pasaran kerja di Malaysia zaman ini agak sukar dan kalau dia terlalu memilih, kemungkinan besar dia akan menjadi pengganggur terhormat buat jangkamasa yang agak lama. Mahu tidak mahu itulah sahaja peluangnya untuk melakar tempat di dalam dunia korporat.
Setelah puas berfikir, Melissa akhirnya nekad untuk meneruskan kerjayanya dengan Beyond Reveal dan sebaik sahaja selesai dia berfikir panjang, dia menhantar satu teks pesanan ringkas ke talian telefon bimbit milik Arman yang berbunyi, “Saya setuju menerima tawaran tersebut. Kita jumpa Rabu ini.”

Arman memandang ke arah telefon bimbit pintarnya yang berkelip-kelip dari tadi. Dia memerhatikan nombor yang tertera di skrin lalu tersenyum. Akhirnya dia termakan juga pujukan aku. Arman tertawa berdekah-dekah memikirkan bahawa umpan yang dipasangnya telah mengena. Pada fikirannya memang semua perempuan kolot akan menjadi begitu polos dan mudah diperdaya. Namun dia tidak akan melepaskan peluang ini untuk berhibur dengan Melissa. Dia akan membuatkan Melissa cair dengan segala pujuk rayu dan kebaikannya yang bakal ditonjolkan nanti. Sambil itu dia akan membuatkan hidup wanita itu sengsara agar dia tahu bahawa dia telah bermain dengan lelaki yang salah.
Dia terus berjalan menuju ke pintu lalu membukanya. Kelihatan seorang wanita jelita berumur lingkungan 20-an sedang menunggu giliran untuk bertemu dengannya. Inilah wanita yang dikenalinya melalui media sosial kononnya ingin mencari teman. Wanita ini cantik dan potongan tubuhnya juga cukup seksi. Arman menjemputnya masuk sebelum mengunci pintu pejabatnya. Perlahan-lahan dia mendekati gadis itu dan gadis itu pula kelihatan tersipu-sipu malu. Ah, amatur sangatlah perempuan ini. Mesti pertama kali melakukan perkerjaan ini. Arman memegang jari-jemari gadis itu sambil mengoles wajah mulusnya.
“Cantik betul awak ni. Siapa nama awak, sang dewi?” tanya Arman dengan bersahaja.
Wanita itu memintal rambut ikalnya yang berwarna perang itu, “Saya Reena Farish. Janganlah tanya saya macam-macam.”
Kemanjaan wanita tersebut begitu membuatkan hatinya bernafsu. Arman dengan segera bangun lalu menanggalkan blazer hitam yang dipakainya sebelum melonggarkan tali leher. Sejurus kemudian dengan diperhatikan penuh asyik oleh gadis tadi, Arman menanggalkan butang kemejanya satu persatu lalu membaling pakaiannya ke atas kerusi. Dia menghulurkan tangannya pada gadis tersebut sambil tersenyum sinis. Gadis itu malu-malu mendapatkan tangan Arman lalu Arman menariknya dengan pantas kee pelukannya, membuatkan gadis itu tersentap. Pertama kali Reena merasakan tubuh seorang lelaki yang begitu kekar dan sasa, membuatkan gelojak nafsu mudanya membara. Arman mengoles pipinya lalu Reena tersenyum.
“You takut dengan I ke? Don’t be like this. Lady, we are going to have some fun!” Arman memujuk gadis itu untuk menceriakannya.
Reena hanya mampu mengiakan apa sahaja yang dipinta oleh Arman sehingga pakaiannya dilucutkan satu persatu oleh lelaki kacak ini. “I tak biasa buat benda ni,” rayu Reena dengan lembut.
Arman merangkul kemas tubuh genit wanita itu, “I’m going to pleasure you. Nanti you akan lupa yang you masih berinjak di bumi yang sama.”
Dibawanya gadis itu ke atas meja di pejabatnya lalu dibaringkan tubuh wanita itu sambil mata wanita itu memerhatikan setiap pergerakan Arman. Sejurus kemudian, Arman pun merangkak di atas meja tersebut untuk mendapatkan Reena lalu mencium bibir merah wanita itu. Bibir merahnya yang merekah itu begitu pandai bermain dengan lidah Arman. Arman terus sahaja melucutkan kesemua pakaiannya lalu membaringkan dirinya di atas Reena sambil menundihnya. Desah nafasnya membuktikan yang Arman mahu meniduri wanita ini malam ini. Dia memulakan permainan berahinya dengan meratah segenap tubuh genit milik Reena sambil Reena melepaskan erangan-erangan manja yang cukup untuk menukarkan mana-mana lelaki menjadi buas.
Sebaik sahaja masing-masing mencapai tahap kepuasaan yang diimpikan, Arman merebahkan dirinya di sebelah Reena sambil menghela nafas panjang kerana terlalu penat. Hampire setengah jam bertarung memuaskan nafsu serakah mereka akhirnya gadis itu terkulai dalam dakapannya. Arman hanya mampu tersenyum puas memandang gadis di sebelahnya yang hanya dilitupi oleh kot musim hujan panjang miliknya itu. Nampaknya gadis ini amat hebat permainannya di atas ranjang. Arman menyeka keringat yang membasahi wajahnya lalu bangun meninggalkan wanita itu sambil menuju ke arah pakaiannya yang berselerakan di atas lantai. Sekali lagi dia memandang ke arah Reena sebelum di menghilangkan diri ke dalam kamar mandi mewah miliknya itu.

Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan oleh Melissa tiba. Dia akan memulakan profesion pertamanya sebagai pembantu peribadi di syarikat Beyong Reveal dan tugasnya adalah untuk berada di samping Arman sepanjang masa bagi menguruskan segala jadual dan aktiviti-aktiviti hariannya. Mengenakan baju kurung biru gelap dan selendang putih berenda, Melissa penuh dengan budaya ketimuran setiap kali keluar dari rumahnya. Ayu dan manis kalau jejaka di luar sana melihatnya. Dia memandang ke arah jam dan tersenyum. Masih berbaki satu jam lagi lalu dia turun mendapatkan ibunya yang tengah begitu sibuk di dapur.
“Harumnya, ibu buat apa pulak kali ini?” tanya Melissa dengan hati yang gembira.
Ibunya berpaling sambil berkata, “Hari ini ibu bekalkan Lis dengan nasi lemak. Jadi tak perlulah berbelanja lebih bila dekat pejabat nanti.”
Melissa tertawa, “Ibu ni ada-ada sahaja. Terima kasih ye.”
“Jalan baik-baik dan memandu berhati-hati. Jaga batas bila bergaul ye,” pesan ibunya semenjak dari semalam lagi.
Melissa mengangguk sambil mengambil tangan ibunya lalu menciumnya. Dia bergegas mendapatkan ayahnya yang baru sahaja selesai bersolat. “Ayah, Lis pergi kerja dulu ya?”
Ayahnya hanya tersenyum memerhatikan anak perempuannya yang sedang menggalas begnya, “Ayah doakan Lis berjaya dalam karier dan hidup Lis.”
Mellissa tersenyum bangga sambil mengucup pipi ayahnya sebelum dia menuju ke arah keretanya di hadapan rumah. Sebaik sahaja memasuki kenderaannya itu, Melissa terkumat-kamit berdoa semoga perjalanannya dirahmati. Dia mengharapkan semoga perkerjaan ini memberikannya rezeki yang halal demi membantu keluarganya. Sepanjang perjalanannya menuju ke pejabat, dia tidak habis-habis memikirkan bagaimana keadaannya berkerja bersama bos setampan dan sekacak Arman. Dia begitu takut jika dia tewas pada pujukan lelaki itu. Kalau Arman masih menyimpan dendam terhadapnya, tentu sekali dia telah siap merancang sesuatu untuk mengenakan Melissa.
Namun Melissa tetap berfikiran positif. Dia tahu batas-batas pergaulan sewaktu bekerja dan mengharapkan dia dapat melalui dunia perkerjaan dengan hati yang tabah. Mendapat bos yang playboy bukanlah alasan untuk dirinya mengalah dan dia akan memastikan bahawa dirinya diterima masuk dengan jayanya ke dalam organisasi tersebut. Dia akan bermain seperti yang diperlukan kerana sebagai seorang pekerja baru dia perlu bijak menangani segala kesulitan yang bakal timbul dan dia sudah bersedia untuk menghadapi kerakusan dunia korporat yang penuh dengan pelbagai karenah dan skandal. Dia akan memastikan bahawa dirinya bijak membawa diri dan semoga segalanya bakal berjalan dengan lancar.

Setibanya dia di pejabat, dia disambut mesra oleh Amirul Dhani, ketua bahagian sumber manusia syarikat tersebut dan lalu dibawa ke tingkat atas untuk mengisi borang-borang dan dokumen yang penting sebagai memastikan proses pengambilan pekerja lebih mudah. Melissa menyelesaikan segala hal-hal berkenaan dokumen-dokumen penting itu dengan segera lalu dibawa ke bahagian-bahagian penting di dalam bangunan tersebut untuk berkenalan dengan rakan-rakan sekerja yang bakal bekerjasama dengannya. Ternyata rakan-rakannya memang begitu peramah dan mudah untuk dirinya menyesuaikan diri di sana. Walaupun mereka lebih senior dan versatil, namun mereka tidak lokek dan sombong malah banyak membantunya tentang selok-belok syarikat tersebut dan amat memahami keadaan dirinya yang agak kolot berbanding mereka yang lebih trendy.
Sebaik sahaja Melissa duduk di tempatnya dan membuka komputer ribanya, dia telah dikejutkan oleh panggilan telefon dari majikannya, Arman.
“Apa khabar, bagaimana dengan tempat kamu?” tanya Arman dengan bersahaja. Suaranya yang maskulin itu kerapkali menggoyangkan keimanan Melissa.
Melissa membalas dengan tertib, “Baik sahaja, terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat di syarikat tuan.”
“Well, that is just for temporary before I move you next to me. Lagipun awak PA saya, jadi kita perlu lebih dekat antara satu sama lain,” Arman membalas dengan nada penuh sinis. Dia dapat merasakan perasaan kurang senang pada Melissa. Gadis kampung ni memang terlalu obvious!
Melissa terkejut mendengar setiap bait-bait kata Arman, “Tapi tuan tak pernah cakap pun yang saya kena duduk bersama tuan?”
Arman tersengih mendengar suara Melissa yang keraguan itu. Dia menyambung, “Sebenarnya awak kena buat lebih dari itu. Saya akan maklumkan pada awak sebentar lagi.” Beberapa saat kemudian dia menyambung lagi, “Jumpa saya di dalam bilik saya dalam masa 5 minit lagi. Saya ada banyak perkara yang mahu saya bincangkan bersama awak.”
Melissa terasa jengkel, “Baiklah tapi beri saya masa sebentar sebab saya perlu menyelesaikan sesuatu kerja dengan rakan-rakan sekerja di sini.”
Arman tetap berkeras, “Tinggalkan kerja-kerja itu. Tugas awak adalah untuk berada di samping saya dan membantu menguruskan jadual kerja saya. Jadi datang jumpa saya dalam masa 5 minit lagi. No excuse accepted.
Melissa meletakkan gagang telefon dengan perasaan berbaur. Bencinya si Arman ini! Apa dia fikir dia tu bos besar dia boleh mengarah seseorang sesuka hati dia ke? Melissa menggeleng kepalanya. Tentulah dia perlu mengikut segala kehendak Arman. Bukankah Arman itu  bos dia jadi logiklah kalau dia mahu mengarah Melissa untuk berbuat macam-macam perkara sesuka hati dia. Dia tahu dia tidak boleh merungut. Dunia kerjayanya baru sahaja bermula hari ini. Dia mesti tekun dan bersabar dalam menjalankan tugasnya jika dia mahu maju.

Dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia tetap mahu meneruskan niatnya untuk berkerja di sini walaupun dia tahu Arman bukanlah seorang lelaki yang baik namun ini adalah untuk masa hadapan keluarganya juga. Dia tidak boleh membiarkan emosinya membantutkan semangatnya untuk terus berjaya. Kalau dia benar-benar ingin membantu keluarganya, inilah halangan pertama yang harus dia terjah.

Harap korang semua enjoy chapter terbaru ini ok! Happy weekend!

No comments: