Saturday, July 23, 2016

Preview Dan Teaser "Terbaik Bagimu" - Prolog (UPDATED)



Okey korang, kita nak bagi preview untuk upcoming work in progress - "Terbaik Bagimu" tapi maklumlah bila idea mula datang mencurah-curah kena kumpul dan organize semua plot satu persatu. Jadi saya bagi teaser untuk Bab 1 bagi novel tersebut okey? Kira gift untuk Hari Raya Aidiladha, tak gitu! Enjoy!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PROLOG

“Hey! Kalau kau penakut, baik kau balik saja,” perli seorang lelaki yang berwajah kacak dengan susuk tubuh yang tinggi dan sasa itu. Kelihatan di kiri dan kanannya sedang ligat diapit oleh dua wanita genit yang tidak kalah seksinya. 
Seorang lelaki berwajah pucat menundukkan wajahnya, “Aku bukan tak nak tapi aku tak beranilah.”
Lelaki yang sedang bersantai bersama dua wanita tadi kelihatan mulai bosan dan bangun, “Apa yang kau nak takut? Isteri kau?”
“Bukanlah, bukan mengenai Lydia,” lelaki itu menggeleng kepala.
Lelaki tadi mendengus, “Arif Sufian, kalau kau nak jadi macam aku kau kena lalui semua ini!”
“Kau takkan faham!”
Arif Sufian bangun dari tempat duduknya sambil mengeluh. Lelaki tadi menahannya dari pergi dengan menarik lengannya, “Kau risau pasal duit kan? Apa nak takut aku belanja ni kan?”
“Aku tak reti gaya idup seperti kau ni. Kau berpengaruh, kaya dan kacak! Kau ada semuanya!”
Lelaki tadi Cuma tersenyum sinis, “Okey, I think I understand you.”
Arif menjongket kening, “Bagaimana kau faham? Kau tak lalui apa yang aku lalui.”
“Bro, lupakanlah jom kita enjoy malam ni,” pujuk lelaki tadi sambil menuang arak ke dalam gelas.
Arif Sufian hanya menggeleng kepala.
Bukan sebentar dia berkawan dengan lelaki itu. Dah bertahun lamanya semenjak di kolej lagi.Arif Sufian mengganggap Mirwan Iskandar bukan sahaja sebagai sahabat malah sebagai abangnya sendiri. Jika dibandingkan dengan Mirwan Iskandar, siapalah dia untuk berdiri sama tinggi dengannya. Mirwan berpengaruh, berharta dan punya rupa yang digilai para wanita di luar sana. Kehidupan Mirwan yang penuh dengan parti sana sini dan dikelilingi wanita amat tidak disenangi Arif. Namun sebagai rakan, dia mengikut sahaja kemahuan Mirwan walaupun dirinya sudah berkahwin dan punya dua orang cahaya mata.
Dari jauh dia merenung rakannya yang sedang hanyut dalam lembah dosa dan noda itu. Gadis tadi pula sedang asyik mencumbui leher Mirwan sehingga lehernya kemerahan bekas ciuman gadis tersebut. Butang bajunya kini separuh terbuka dan kelihatan gadis yang seorang lagi pula sedang asyik meramas dada bidang Mirwan sambil Mirwan ketika itu sedang kebingungan akibat mabuk yang teramat sangat. Bunyi muzik disko yang membingitkan dan teriakan orang ramai di sana benar-benar menghidupkan suasana pada malam itu.


Dua jam kemudian, kelihatan Mirwan sedang dipapah keluar oleh Arif. Mirwan berada dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri akibat mabuk dan Arif mengambil alih tanggungjawab untuk memandu rakannya itu ke rumah. Keadaan malam itu berkabus dan menyukarkan pemanduan. Arif Sufian memandu dengan had laju perlahan untuk memastikan mereka sampai dalam keadaan yang selamat. Sampai sahaja di perkarangan rumah Mirwan, Sufian keluar dari kereta lalu memapah rakannya itu keluar dari kereta menuju ke arah rumah agam milik Mirwan itu. 
Ketika mereka tiba di hadapan ruang tamu ruma tersebut, kelihatan Dato Dzulkarnain sedang berdiri di hadapan pintu utama sambil memandang mereka dengan wajah yang bengis. Datin Tiara pula sedang sibuk bergegas ke ruang tamu untuk mendapatkan anaknya itu. Datin Tiara terperanjat apabila mendapati Mirwan sedang mabuk teruk sehingga terpaksa dipapah masuk oleh seseorang. Dato Dzulkarnain mengerling ke arah isterinya lalu bercekak pinggang.
“Tinggalkan saja budak ni dekat luar! Menyusahkan orang sahaja!”
Datin Tiara tergamam dengan apa yang diucapkan oleh suaminya itu. Takkan sampai hatinya membiarkan anak lelaki tunggalnya untuk tidur di luar rumah. Sudahlah keadaan malam itu agak sejuk dan berkabus. Takut nanti jatuh sakit pula anak kesayangannya itu.
Dato Dzulkarnain tetap dengan pendiriannya, “Sudah! Biarkan budak tu dekat luar!”
“Kasihanlah dia bang. Anak kita tu kan manja orangnya,” pujuk Datin Tiara sambil menangis.
Dato Dzulkarnain menggeleng kepala, “Sampai bila awak nak manjakan dia begini? Tengok apa dah jadi dengan dia sekarang?”
Datin Tiara mengesat airmata, “Saya tahu tapi jangan berkeras dengan dia.”
“Saya memang tak faham dengan awak! Anak orang lain semua boleh diharap. Tengok si Mirwan ni, apa yang kita nak harapkan dari dia. Bila kita dah tiada nanti, apa akan jadi pada dia?”
Datin Tiara terdiam. Ada betulnya juga cakap suaminya itu, “Abang berikanlah dia peluang.”
Dato Dzulkarnain mengurut dahi, “Abang dah cuba. Bukan tak pernah abang beri dia peluang.”
“Sekali ini saja, bang. Tolonglah,” pujuk Datin Tiara beria-ria.
Dato Dzulkarnain berlalu sambil memberi amaran, “Lagi sekali dia buat macam ni, abang takkan beri dia jejak lagi kaki dia dalam rumah ini!”
Kecut perut Arif Sufian. Rasa macam hendak terkencing pun ada. Tak pernah dia melihat ayah Mirwan semarah itu. Dia terus memapah Mirwan naik ke tingkat atas sambil Datin Tiara menunjukkan arah bilik Mirwan. Tiba sahaja di dalam Mirwan, Arif Sufian meletakkan Mirwan ke atas katil sambil menghela nafas panjang.
“Arif ni dah lama ke dengan Mirwan?”
Tergamam seketika Arif Sufian apabila itegur oleh Datin Tiara. “Dah 15 tahun Datin.”
Datin Tiara menundukkan wajahnya, “Tolong makcik bawa dia ke pangkal jalan.”
“Saya akan cuba Datin. Saya dah banyak kali cuba memjuk dia.”
Datin Tiara berlalu dengan perasaan berbaur lega. Akirnya ada juga rakan yang boleh menolong anaknya untuk kembali ke pangkal jalan. Maafkan ibu kerana selama ini tiada bersama Mirwan ketika Mirwan benar-benar memerlukan ibu.


Mirwan terjaga dari perbaringannya lalu mengesat matanya. Kelihatan caaya mentari pagi begitu terik sehingga hampir membutakan matanya. Dia kembali uuk di perbaringannya sambil meraup wajahnya dan merengus. Kesan alkohol malam tadi belum lagi kebah rupanya. Kepalanya masi pening dan matanya seakan berpinar. Dia melihat keadaan sekeliling. Ya, benar dia kini berada di dalam biliknya sendiri, di dalam rumahnya. Dia bangkit lalu bergerak menuju ke meja solek sambil memandang keadaan dirinya. Rambutnya perangnya itu tidak terurus dan terdapat kesan gigitan-gigitan cinta pada dada dan lehernya.
Dia mengambil tuala menuju ke kamar mandi lalu membuka suis mandian panas. Setelah menguap beberapa kali, dia menutup pintu kamar mandi tersebut dan berdiri di bawah pancuran air tersebut. Kenangan malam tadi kembali bermain di fikirannya. Aksi penuh noda dan dosa merajai setiap fikirannya ketika itu. Segalanya ipertontonkan kepada rakan baiknya. Mirwan hanya mampu mengeluh kesal namun dia sudah terlanjur melakukannya.
“Mirwan, boleh ibu jumpa kamu sebentar?”
Kedengaran suara Datin Tiara sedang memanggil dari luar. Mirwan bergegas keluar dari kamar mandi sambil menyarungkan tuala. “Ada apa ibu? Mir sibuk nak ke office ni!”
Datin Tiara tenang mendengar bebelan anaknya, “Sekejap saja Mir, ada perkara penting ibu nak cakap dengan kamu. Kita pun jarang dapat berbual begini.”
Mirwan menoleh ke arah telefon bimbitnya, “Okeylah ibu, sekejap saja tau.”
Datin Tiara merapati anaknya yang sedang sibuk bersiap, “Bila Mir nak berhenti dari aktiviti yang tidak berfaedah ini?”
“Ibu tak faham ke? Mir masih muda lagi. Berilah peluang untuk Mir enjoy dulu!”
Datin Tiara mengeluh panjang, “Bawa bertaubatlah nak. Hayat ibu dan ayah mungkin tak lama. Jadilah anak yang mampu menolong kami di alam barzakh nanti.”
Mirwan membentak, “Dahlah ibu. Mir tak suka dengar ibu membebel pagi-pagi ni!”
Ibunya mengurut dada. Mirwan terus berlalu sambil menghempas pintu kamarnya. Pilu sungguh hati Datin Tiara bila anaknya melawan segala kata-katanya. Siapa yang tidak sedih apabila anak kesayangan mereka sudah terhanyut jauh dari pegangan agama.


“Wah tampan you hari ini,” perli seorang gadis berambut emas ketika Mirwan menuju ke pintu masuk bangunan pejabatnya.
Mirwan tersenyum sinis sambil memandang gadis itu dengan renungannya yang menggoda. “Well, you look exceptionally delicious at the moment.”
Gadis itu tersenyum melirik, “Please, I tau you didn’t really mean it.”
Mirwan mengoles pipi gadis itu, “Sabrina, you tahu kan I memang gilakan you.”
Sabrina Indrawani, model paling berjaya di Malaysia kelihatan begitu bangga dengan tubuhnya itu. Mengenakan skirt rona merah paras peha dan kasut tumit tinggi hitam, terserla lekuk tubuh gadis itu yang cukup menggiurkan mana-mana lelaki di luar sana. Dia tahu Mirwan bukanlah benar-benar serius mencintainya, tapi dengan pengaruh dan harta yang dimiliki oleh Mirwan sudah tentu dia mampu mencapai impiannya. Lagipun Mirwan bukanlah sejenis lelaki yang mudah untuk didekati. Citarasa dia pun tinggi dan hanya yang benar-benar berkualiti sahaja mampu untuk mendampingi lelaki itu.
“Jomlah sayang, I rindu dengan you. You tidur rumah I malam ini okey?”
Mirwan menggeleng sambil melemparkan ciuman pada Sabrina, “I can’t promise anything. I busy dengan meeting dan I kena melawat tapak projek.”
Sabrina mula membuat muka dengan Mirwan, “I tak kira. You kena spend time dengan I juga malam ni.”
Mirwan mengurut dahi sambil mengeluh, “Jangan buat perangai, please.”
“I nak you ikut I malam ni juga!”
Mirwan mengetap gigi, “Sabrina, boleh you stop paksa I macam budak-budak tak?”
Sabrina menarik muka lalu mengomel, “Kenapa ni? You dah muak dengan I ke?”
“Sabrina, I busy you kena faham position I.”
Mirwan membetulkan kolar leher sambil memegang bahu Sabrina, “I janji yang I akan jumpa you right after I finish everything.”
“Okay fine, jumpa you nanti. Please jangan tutup telefon you.”
Mirwan menghadiahkan ciuman pada pipi Sabrina, “Yes, dear. Now smile.”
Sabrina kembali tersenyum. Mirwan berasa lega kerana Sabrina mempercayai setiap temberangnya. Bukan mudah nak memuaskan kehendak perempuan. Sebenarnya dia memang sudah lama bosan dengan sikap Sabrina yang terlalu mengongkong. Mirwan bukannya jenis lelaki yang setia dengan seorang perempuan. Pantang nampak dahi licin, semuanya milik dia. Sabrina bukanlah orang pertama dalam hidupnya, ada ramai lagi. Aktres, penyanyi mahupun model semuanya sudah berjaya ditiduri oleh Mirwan. Berbekalkan kekacakan dan susuk tubuh sasa serta pengaruh yang dimilikinya, tidak mustahil untuk dia mendapatkan mana-mana wanita yang dia mahukan.
“So I masuk office dulu. See you later okay?”
Sabrina menjeling manja sambil menarik tali leher Mirwan, “Jangan mungkir janji.”
Mirwan angkat tangan, “Sumpah I akan jumpa you bila I selesai nanti.”


Keadaan di kelab malam itu begitu bingit dan sesak pada malam itu. Sabrina sedang sibuk membetulkan skirt hitam paras peha yang dipakainya itu. Dia ingin sehabis seksi apabila bersama Mirwan sebab dia tahu lelaki itu sukakan wanita yang seksi. Namun sudah hampir sejam dia menunggu namun kelibat Mirwan masih tidak muncul-muncul. Hatinya mulai berang apabila sudah banyak kali dia mendail nombor telefon Mirwan namun masih tiada siapa yang mengangkatnya.
Ke mana pulak mamat ni dah merayap ni? Getus hatinya.  Seketika kemudian kelihatan Mirwan tiba bersama dua orang datin yang agak berusia. Kelihatan hubungan mereka seperti lebih daripada rakan perniagaan. Sabrina mula rasa tidak sedap hati. Matanya meliar memandang aksi mereka bertiga yang memualkan itu. Memanglah datin-datin yang datang itu jelitawan semuanya tapi barang expired, apalah yang kita boleh harapkan dari mereka kan? Mirwan kelihatan sibuk melayan datin-datin yang agak buas itu sambil tersenyum sinis ke arah Sabrina.
“Darling, kenalkan ini rakan niaga I, Datin Afina dan Datin Julie,” Mirwan memperkenalkan mereka pada Sabrina.
Sabrina hanya senyum mengejek, “Nice to meet you all, girls.”
Datin Afina yang berusia hampir 45 itu tertawa, “Sayang, she calls us girls lah! I rasa muda tiba-tiba.” Dia mengenakan dress bling emas yang seksi menunjukkan betisnya yang masih gebu itu. Rambutnya yang hitam dan ikal mayang itu dibiarkan mengurai melepasi bahu.
Mirwan mengucup pipi Datin Afina sambil tertawa kecil, “You look young sweetheart.”
“Oh please, Mirwan. You memang suka tease kami kan?”
Tangan Datin Julie sudah mula merayap ke dada Mirwan, “Jom darling, hiburkan kami.”
Sabrina panas hati memandang aksi dari dua wanita senja itu. Bibir diketap kerana menahan marah. “Mirwan, apa ni you kata you nak spend time dengan I?”
Datin Julie, wanita berusia 40-an yang berambut pendek merah paras bahu mengenakan dress yang agak seksi bewarna biru gelap berenda. Peha gebunya sengaja digeselkan dengan kaki Mirwan. Mirwan hanya menoleh ke arahnya sambil tersenyum bangga.
“Come on, Sabrina. Stamina I cukup untuk I layan you bertiga malam ni,” ujar Mirwan tanpa segan silu.
Datin Julie bertepuk tangan, “I dah tak sabar nak peluk you ni.”
Datin Afina pula mula bergaya seksi di atas sofa empuk tempat mereka duduk tadi, “I pun tak sabar nak tengok you beraksi malam ni.”
Sabrina bangun dari tempat duduknya, “What is this honey! What are you trying to do!”
“Eh, perempuan! Kalau tak nak you boleh balik okey!”
Berdesing telinga Sabrina mendengarnya, “Datin Julie, you can just shut up okey!”
Mirwan tersenyum sumbing memandang tiga wanita di hadapannya sedang bergaduh berebutkan dirinya. Datin-datin tua tak sedar diri itu pun begitu mudah untuk dipermainkan. Dasar perempuan desperate. Dah ada suami pun masih nak menggatal dengan jantan dekat luar. Kononnya tidak puas dengan suami sendiri. Mirwan memang tak faham dengan perangai perempuan zaman millenia ni. Wanita dah senja pun begitu mendambakan tubuh lelaki muda, memang tak masuk akal langsung. Mirwan tersengih sendirian.
“Fine kalau you nak layan nenek-nenek ni, I go!”
Mirwan mengejar Sabrina dari belakang, “Tunggu Sabrina, you nak ke mana?”
Sabrina berpeluk tubuh sambil merenung Mirwan dengan tajam, “I tak nak buat benda ni. I thought it is just between you and me.”
Mirwan menarik Sabrina ke dalam dakapannya, “Okey, I faham perasaan you.”
Sabrina meleraikan pelukan Mirwan, “So macam mana sekarang ni?”
“I terpaksa layan mereka sayang. It is part of the business deal.”
Sabrina terdiam seketika sebelum mengangguk, “Fine, I will play along.”
Mirwan mengoles pipi Sabrina yang kemerahan itu, “Now, that is my darling. Trust me, you will enjoy our game!”


Akhirnya Mirwan terdampar kepenatan setelah bergilir-gilir melayani tiga wanita yang begitu buas nafsunya. Dia tersenyum puas kerana dapat juga merasa meniduri wanita-wanita yang berpengalaman dalam memuaskan nafsu lelaki muda sepertinya. Sabrina telah lama tertidur kepenatan setelah lama beraksi tadi begitu juga dua orang datin veteran itu. Mirwan bangkit lalu mencapai rokok dan lighter lalu menghidupkan puntung rokoknya sambil bersandar pada kepala katil. Dia menoleh ke arah tiga wanita yang sedang lena beradu di sebelahnya. Telefonnya berdering namun tiak diendahkan. Dia meraup wajahnya yang dibasahi oleh peluh itu.
Dia mencapai telefon bimbitnya lalu memandang nama yang tertera di skrin, “DATIN TIARA”.  Dia mengeluh lalu melemparkan telefon itu ke tepi. Tidak pernah sekalipun terbayang dalam fikirannya untuk berubah. Tiba-tiba suatu gegaran luar biasa dirasai ketika dia sedang asyik termenung dan hanyut dalam dunianya. Mirwan bergegas menyarung kembali seluarnya dan memakai pakaiannya semula sebelum mengejutkan ketiga-tiga wanita tersebut. Sabrina yang dalam keadaan terpinga-pinga itu terkejut apabila merasakan gegaran yang begitu kuat hampir menyebabkan siling bilik mereka retak.
Setelah ketiga-tiga wanita tersebut selesai lengkap berpakaian, Mirwan membawa mereka keluar dari bilik tersebut namun keadaan agak kritikal. Jalan menuju ke arah lif telah terbakar teruk dan api mulai marak sehingga hampir keseluruhan unit-unit hotel tersebut hangus dijilat api. Dalam perjalanan menuruni tangga, siling yang telah terbakar itu jatuh lalu menghempap tubuh kedua-dua datin tersebut lalu membunuh mereka. Sabrina menjerit ketakutan namun Mirwan tetap menariknya untuk keluar dari kawasan tersebut. 
“I takut Mirwan! Mana kita nak lari ni?”
Mirwan dalam keadaan yang panik cuba menenangkan keadaan, “Rileks, I akan cuba selamatkan kita berdua.”
Sabrina memeluk Mirwan erat, “Jangan tinggalkan I, Mirwan.”
Mirwan membalas pelukan itu lalu mengucup dahi Sabrina, “I know, sayang.”
Sayangnya ketika mereka hampir tiba di pintu keluar, suatu letupan besar telah berlaku hingga mereka sama-sama tercampak keluar dan sama-sama terperangkap di dalam runtuhan bangunan di mana kelab malam tempat Mirwan selalu berhibur itu menghuni.


Mirwan membuka matanya dan menghela nafas. Mengapa keadaan di sini semuanya berwarna putih? Dia melihat keadaan sekeliling sambil matanya meliar meneliti setiap sesuatu. Kelihatannya seperti dia sedang berada di dalam wad. Tetapi bagaimana dia boleh berada di sini dan siapa yang membawanya ke mari? Dia mencari kelibat jururawat yang sedang bertugas untuk menanyakan mengenai Sabrina. Kepalanya terasa berdenyut-denyut semenjak tadi. Dia melihat sekujur tubuh seperti gayanya seorang lelaki sedang terbaring kaku dengan tubuhnya diselimutkan sepenuhnya.
“Encik sudah sedar?”
Mirwan terpinga-pinga apabila ditegur oleh seorang jururawat. Dia pantas menyambut tangan jururawat itu, “Siapa mayat di sana tu?”
Jururawat itu kelihatan was-was untuk menjawab, “Encik Arif Sufian namanya.”
Mirwan tersandar apabila mendengar nama itu, “Rakan karib saya. Bila dia berada di sana? Bagaimana dia boleh terkorban?”
“Dengar kata dia cuba masuk ke dalam untuk menyelamatkan Tuan Mirwan.”
Mirwan meraup wajahnya, “Bagaimana dengan Sabrina Indrawani?”
Jururawat itu menundukkan wajahnya, “Kami tak berjaya menyelamatkan dia.”
Mirwan terpana seketika, “Dia dah meninggal? Bagaimana?”
“Tubuhnya melecur teruk, tuan. Kami tidak dapat mengenali dia langsung,” ujar jururawat tersebut.
Mirwan bangun dari katilnya lalu dengan longlai melangkah menghampiri mayat rakan karibnya. Perlahan-lahan dia membuka kain yang menyelimuti wajah rakannya itu. Jenazah rakannya kelihatan tersenyum seolah-olah sedang pergi dengan tenang. Wajah Arif Sufian putih berseri seperti orang yang baru sahaja dilahirkan ke dunia. Airmata Mirwan perlahan-lahan membasahi wajahnya. Secara tiba-tiba sekumpulan polis tiba di wad Mirwan menyebabkan dirinya tersentak.
“Awak Mirwan Iskandar?”
Mirwan mengangguk lemah sambil menyeka airmata, “Ya saya. Mengapa tuan?”
Pegawai polis yang berambut pendek itu menanggalkan cermin matanya sambil menghulurkan sesuatu pada Mirwan. Selendang Datin Tiara? Ini selendang milik ibu! Bagaimana selendang ini boleh berada di sini?
“Ibu dan ayah tuan kemalangan ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang,” jelas pegawai tersebut.
Mirwan jatuh terduduk. Mengapa semua ini menimpanya? Dia begitu menyesali setiap perbuatannya. Dia kehilangan keluarganya di saat dia benar-benar memerlukannya kini. Hidupnya terumbang-ambing ketika ini dan dia hilang segalanya dalam sekelip mata. Penyesalan mula bercambah di hatinya. Dia mencium selendang milik ibunya itu sambil menangis sepuas-puasnya. Pegawai-pegawai polis dan jururawat tadi meninggalkan wad tersebut dan tinggalkan Mirwan keseorangan meratapi nasibnya.

No comments: