Friday, September 30, 2016

Novel "Terbaik Bagimu" - Bab 4 (UPDATED)


Hi semua, 

Sorry lewat sikit update bab baru sebab tak sihat sangat. Admin pun dah rindu dendam dengan pasangan Mirwan dan Alisa ini. So admin pun sambunglah dengan bab 4 pula. Jadi harap korang akan terhibur dengan chapter terbaru ini. Selamat membaca!

Setibanya Mirwan di hadapan perkarangan banglo mewahnya, dia disambut mesra oleh ibu angkatnya, Hjh Rozita Che Mat yang telah membelanya sejak dari sekolah rendah lagi setelah ketiadaan keluarga tercinta. Ibu dan ayahnya Dato Dzulkarnain Ahmad dan Datin Tiara telah terlibat dalam kemalangan ngeri ketika mahu kembali dari urusan perniagaan mereka di Genting Highlands. Hj Kasim, ayah angkatnya tidak pernah menganggap Mirwan sebagai orang lain melainkan sebagai anak kesayangannya sendiri. Mengakui bahawa Mirwan Iskandar merupakan seorang anak lelaki yang agak liar pada usia remajanya dan sekitar lingkungan 20-an, keluarga angkatnya tidak pernah jemu untuk membawanya kembali ke pangkal jalan. 
Hidup Mirwan pada usia mudanya dipenuhi dengan noda dan bertukar pasangan sudah bukan merupakan perkara asing baginya. Puas Hjh Rozita menasihati anak kesayangannya itu namun dia tetap tegar dengan cara hidup kemodenannya yang penuh dengan dosa. Hati ibu mana yang tidak luluh melihat anaknya kembali ke rumah dengan berlainan wanita setiap malam, tidak kurang yang datang memohon belas simpati setelah disahkan mengandung anak luar nikah. Sudah terlalu banyak wanita dirosakkannya. Mengamalkan bisnes tanpa mengikut hukum islam, minum arak dan berjudi sudah merupakan rutin harian Mirwan ketika itu.
Namun benar bagai dikata, kuasa Allah tiada siapa boleh menidakkan. Mirwan yang selalunya liar itu tiba-tiba mulai menyedari kekhilafannya dan mula mendekati majlis ilmu. Hj Kasim masih teringat malam itu, Mirwan merebahkan diri dan melutut padanya lalu memohon maaf sambil menangis teresak-esak. Semenjak itu, anak kesayangan mereka mula berubah sikap dan kerap menjalani ibadah di masjid dan surau-surau berdekatan. Alhamdulillah, akhirnya Berjaya juga Mirwan khatam 6 kali Al-Quran. Itulah hadiah tak terhingga buat kedua keluarga angkat yang tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraannya.
Itu kisah lama, kini Mirwan dah boleh mengimamkan solat tarawikh dan mengadakan tazkirah setiap malam di masjid berdekatan dan rakan-rakannya juga banyak yang dah mula mengikut jejaknya. Airmata ibunya mengalir tiba-tiba lalu diseka oleh Mirwan.
“Mengapa ibu menangis? Saya ada buat silapkah?” Sayu kelihatan wajah anak keayangannya itu.
“Ibu tak apa-apa? Ibu cuma gembira menyambut kepulangan kamu,” jawab ibunya dengan perlahan. Tudung bawal biru pemberian Mirwan itu dipakainya sejak tadi. Mirwan tersenyum kecil sambil membetulkan tudung ibunya yang disangkakan senget itu.
“Mir kelihatan sedih hari ini? Boleh ibu tahu mengapa?” ibunya bertanya.
“Tak ada apa-apalah ibu. Mungkin Mir penat,” balasnya perlahan. 
“Jangan tipu mak, mak faham sangat perangai Mir kalau ada masalah tak mahu berkongsi dengan ibu,” ibunya merungut.
Mirwan memeluk ibunya, “Jangan risau, Mir tak apa-apa. Biar Mir naik atas dulu ya?’
Ibunya sedar yang anak lelaki kesayangannya itu menyembunyikan sesuatu. Mungkinkah anaknya sedang dilamun cinta? Kalau betul ibunya dengan segera mahu bertemu bakal menantunya itu. Tentu orangnya baik dan solehah seperti yang diimpikannya itu. Semoga anaknya bertemu dengan wanita yang benar-benar boleh menerimanya seadanya. Ibunya sedar Mirwan ada banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan wanita yang ingin mengahwininya perlu sedia kerana menjadikan sebuah perkahwinan itu berjaya mengambil masa.
Di dalam biliknya, Mirwan bersiap untuk solat fardhu Isyak dan selesai solatnya, dia tak putus-putus berdoa untuk kebaikan keluarga angkatnya dan semoga jodohnya dengan Saidatul Alisa dipermudahkan. Hanya Alisa sahaja wanita yang diingini dan hatinya kini hanya untuk Alisa. Mirwan tidak kisah sekiranya dia perlu menanti untuk seribu tahun lagi. Dalam hatinya sudah terpahat nama Alisa seorang. Sambil melipat sejadah, Mirwan memandang ke arah foto Alisa yang diberikan oleh ayah Alisa kepadanya minggu lepas. Kemulusan kulitnya menyebabkan iman Mirwan goyang tatkala meneliti wajah jelita gadis itu. Sungguh cantik ciptaan Allah SWT yang maha kuasa.
“Ya Allah,” pintanya dengan redha dalam hati. “Andainya takdir aku bersama Alisa, Kau permudahkanlah hubungan kami dan jodoh kami,” pohonnya sebelum matanya terpejam akibat keletihan. Dia tidak pasti adakah dia mampu menjadi seorang suami yang baik untuk Alisa namun dia tetap mengharapkan sesuatu yang positif dalam perhubungan ini.



Alisa menghempas pintu bilik setelah pulang dari pejabatnya. Bencinya, akhirnya dia terpaksa menumpang kereta milik Mirwan, insan yang amat dibencinya itu semuanya kerana Elyas yang selalu sangat mungkir janji. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa meluap-luapnya kemarahan dirinya pada Mirwan sepanjang perjalanan menuju ke rumah tadi. Rasa seperti bertahun duduk dalam kereta lelaki itu walaupun perjalanan pulang tidak sampai beberapa minit pun. Telefon pintarnya berdering dan setelah nama Elyas tertera pada skrinnya, Alisa pantas menjawab dengan keadaan yang marah.
“Apa yang awak nak?” bentaknya tatkala taliannya disambut oleh Elyas.
Elyas tergagap-gagap memohon maaf, “Sayang, abang…minta maaf. Ia tak dapat dielakkan.”
Alisa menyeka airmatanya, “Ini dah masuk 10 kali abang mungkir janji. Saya tak faham!”
Elyas tidak putus-putus memohon maaf, “Tolonglah sayang, abang tak sengaja. Berilah abang satu peluang lagi.”
Perasaan meluat bercampur benci berbaur di kalbunya kini. Kalau diikutkan hati mahu sahaja ditinggalkan Elyas begitu sahaja. Tidak berbaloi menunggu lelaki seperti Elyas. Mungkin lama-lama nanti Alisa bakal menjadi salah seorang anak dara tua di kawasan itu kalau beginilah gayanya. Bolehkah Elyas ini diberikan peluang tagi? Kini, hati Alisa menjadi semakin tawar untuk meneruskan perhubungannya bersama Elyas. Lebih baik jika dia melupakan Elyas kalau dia mahu kehidupan yang lebih tenang.
“Abang dengar sini, kalau abang masih tak datang meminang saya seminggu sebelum Ramadan ni, siaplah!”
Elyas terdiam seketika sebelum menyambung, “Baiklah, apa sahaja untuk sayang.”
Alisa mematikan telefonnya lalu melabuhkan diri ke atas katilnya. Sikap Elyas yang sambil lewa itu kadangkala merisaukan fikirannya. Sayang sekali kalau Elyas tidak mampu bersikap seperti seorang suami yang baik. Bercinta dah hampir bertahun lamanya tapi macam tiada apa-apa yang berlaku antara mereka. Alisa pun tidak sedar di mana silapnya dalam perhubungan mereka sehingga Elyas tegar bersikap sedemikian. Dia sudah cuba meluangkan masa untuk Elyas bagi mereka merungkai segala persoalan dalam perhubungan mereka. Dia juga sedaya-upaya cuba bertolak ansur namun nampaknya seperti belum ada tindakan yang membuahkan hasil.
Secara tiba-tiba ibunya meluru masuk ke dalam bilik lalu mengejutkan Alisa yang hampir terlelap. Baru sahaja dia nak berehat dah ada lagi orang yang mahu mengganggu. Kacau betullah, rasa hati mahu sahaja nak sewa hotel untuk tidur dengan selesa. Ibunya kelihatan gembira sangat hari ini dan senyumnya yang melirik itu menandakan sesuatu. Lalu Alisa mematikan niatnya untuk sambung tidur lalu memposisikan diri dalam keadaan duduk. Sambil membetulkan rambut perangnya itu, dia bertanyakan hal berkenaan pada ibunya.
“Kenapa ibu kejutkan saya?” Riak wajah Alisa yang berkerut itu mencuit hati ibunya.
Ibunya tersenyum, “Tuan Mirwan ada dekat bawah. Dia nak jumpa sangat dengan Lisa.”
Alisa tergamam memandang ibunya. Seakan tidak percaya. Apa lagi yang dimahukan oleh lelaki itu. “Apa yang dia nak jumpa saya malam-malam ni?” rungutnya lagi.
Ibunya mengerut dahi, “Malam. Hai anak mak seorang ni. It’s 10:00am my dear.”
Alisa bagaikan tak percaya. Dia tidur begitu lambat semalam. Solat Isyak pun terlepas dan bangun dah hampir pukul 10:00 pagi? Habislah, Subuh pun tinggal! Mampus dia kena ganti semua sembahyangnya. Patutlah Tuan Mirwan datang, hari ni kan Sabtu. Dia bingkas bangun lalu mandi. Kemudian sambil mengenakan blaus lavender bersama gaun krim labuh, Alisa turun dengan senyuman dan menemui Mirwan yang sedang duduk menanti di ruang tamu. Kelihatan bergaya dengan kemeja biru dan seluar jeans biru gelap sambil mengenakan jaket kulit perang, dia nampak begitu kacak hari ini.
Sambil menghulurkan salam, Alisa menyapa, “Awak datang nak jumpa saya?”
Mirwan menggangguk, “Benar, I want to see you. Saya nak berkawan dengan awak. That’s all! Adakah saya datang pada waktu yang salah? Saya berharap agar awak dapat menerima saya sebagai rakan awak.”
Menjeling sinis, Alisa membalas, “Baik, I accept. But that’s depend on how you can impress me. I’ll consider everything after you give me a good first impression.”
Mirwan tertawa kecil, “Fine, it’s all up to you. Saya akan ikut rule yang awak tetapkan.”
Alisa merasakan hatinya semakin terbuka untuk menerima, “Baiklah, boleh tak awak temankan saya ke satu tempat hari ini? Itu pun kalau you sudi nak ikut.”
“Pergi mana?” tanya Mirwan dengan dahi berkerut.
Alisa tertawa kecil melihat gelagat Mirwan yang terlalu “skeptical” tu, “Jom, saya jamin awak pun pasti suka.” Sambil menarik tangan Mirwan, mereka berlari menuju ke kereta mewah milik Mirwan lalu dengan girangnya, Alisa menaiki kereta tersebut.
“I akan ikut ke mana sahaja yang you nak pergi,” ujar Mirwan dengan nada menggoda.
Alisa tersenyum sinis sambil berlalu, “Let’s go, I don’t want to be late!”

No comments: